Bab 13

4K 155 3
                                    

     Pada hari sabtu ini, Putri bangun awal untuk bersenam. Sebenarnya setiap hujung minggu dia akan bersenam dengan Nabilah dan Zarra. Tapi hari ini, Putri bersenam seorang diri kerana Nabilah dan Zarra tidak dapat mengikut bersama. Sebab apa? Malas! Penat! Itulah alasan diorang. Tapi takpe... Putri faham, mungkin mereka penat dengan tugas yang diberi oleh Prof.

     Sedang Putri tenang berjoging, tiba-tiba dia terdengar laungan dari belakang. Putri memusingkan kepalanya sedikit untuk mengintai siapakah gerangan yang memanggilnya. Apabila Putri terlihat seorang lelaki sedang mengejarnya, dia terus melajukan lariannya.

    'Alamak aii! Bala mai dah. Lari Putri!' desis hati Putri. Apabila dia merasakan lelaki itu semakin hampir dengannya, dia melajukan lariannya lagi.

    Tetapi nasib tidak menyebelahinya, malang pulak yang datang! Entah mana silapnya, Putri terpijak seketul batu yang agak besar. So... Apa lagi?

Gedebuk!

  "Auch!"

    Putri terjatuh di atas jalan. Terasa berdenyut kakinya. Tulah kau! Nak lari sangat kan? Ini lah padahnya!

    "Putri!" laung Amar lalu berlari mendekati Putri yang terduduk atas lantai.

  "Putri, awak okay tak ni?" soal Amar dengan cemas. Dia memaut lengan Putri yang berlapik.

  "Yeah... I'm okay." kata Putri. Dia ingin bangun tetapi terjatuh semula.

  "Argh!" jeritnya. Putri mengurut kakinya yang sudah membengkak.

  "Ya Allah Putri... Macam mana lah boleh jadi macam ni..." kata Amar sambil membelek kaki Putri.

  'Macam mana boleh jadi macam ni? Semua ni kau punya pasal lah!' kata hatinya.

  'Eh, asal pulak dia punya pasal? Kau yang larikan diri dari dia, dia cuma nak jumpa kau je. Yang kau lari macam kena kejar dengan biawak tu kenapa?' kata akalnya.

  'Yelah, dah aku tak nak jumpa dia, of course lah aku kena lari.' kata hatinya.

  'Kenapa kau tak nak jumpa dia?' soal akalnya.

   'Sebab aku tak suka dia lah!' marah hatinya.

   "Putri!" sergah Amar.

  "Oi mak hang!" latah Putri.

  "Hahaha... Awak melatah ea?" soal Amar.

  "Hish! Jangan sergah saya macam tu lah!" marah Putri.

  "Okay, okay I'm sorry. Sekarang ni awak boleh jalan tak?" soalnya.

  "Tak tau."

  "Saya hantar awak gi klinik erk?" kata Amar.

  Putri terus menggeleng. "Nope. Tak payah susah, susah. Saya okay. Sikit je ni..." tolak Putri.

  "Okay apa macam ni? Sampai bengkak macam ni... Jom lah saya bawak awak gi klinik..." pujuk Amar.

   Putri diam sejenak. Nak pergi ke tak? Kaki aku dah tak boleh nak gerak dah ni...

  "Okay, fine."

   "Okay jom! Boleh jalan tak ni?"

  "Yeah." kata Putri. Dia cuba untuk bangun tapi hampeh. Dia terjatuh balik. Amar cuba untuk membantu tapi Putri menolak bantuannya.

   'Tengah sakit pon still keras kepala?' soal hati Amar.

  Putri mencuba kali ke-3 untuk bangun, tetapi badannya tidak boleh diimbangkan. Dia terasa tubuhnya ingin terjatuh tetapi ada tangan yang memaut bahunya. Siapa lagi kalau bukan Amar tu!

EH? MAMAT NI LAGI!Where stories live. Discover now