Bab 11

4K 163 0
                                    

KRING!!!

    Bunyi deringan alarm dari telefon bimbit Putri mengejutkan dia daripada tidur. Dengan mata yang masih tutup dia mematikan alarm yang menggagunya ketika tidur.

    "Hmm... Pukul berapa dah ni..." Putri menyoal sendirian. Dia mengerling ke arah jam dindingnya, sudah pukul 6:00 pagi. Dia bangun untuk mengambil tualanya dan mahu berlalu ke bilik air. Belum sempat dia menerjah pintu bilik air, dia terdengar ketukan pintu biliknya.

    "Putri... Bangun solat subuh." Nabilah bersuara di depan pintu bilik Putri.

    "Ya, aku dah bangun dah..." jawab Putri dalam keadaan mamai.

    Kemudian tiada sahutan dari luar bilik. Putri terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri, serta menunaikan kewajipan.





    HARI ini kelas Putri bermula pukul 11 pagi. Kakinya menuju ke cafe untuk sarapan. Pintu cafe ditolak serentak matanya tertacap pada satu sudut cafe. Kelihatan Amy, rakan sekuliahnya sedang bersarapan keseorangan. Langkah Putri terus ke arah Amy.

    "Assalamualaikum Amy."

   "Waalaikumsalam. Hai Putri."

   "Boleh aku join kau breakfast?"

   "Eh, boleh. Duduk lah." pelawa Amy. Tanpa berlengah, Putri terus duduk berhadapan dengan Amy.

   "Mana kawan kau yang dua orang tu? Dah lama tak nampak."

   "Ermm... Diorang ada je cuma sibuk sikit kebelakangan ni." jawabnya.

     Amy terangguk-angguk lalu menghirup coffee yang dipesannya. Kami berbual kosong sementara menunggu kelas Putri yang bermula pukul 11 a.m.

    Sedang mereka asyik bersembang, tiba-tiba mereka terdengar satu jerkahan dari arah belakang. Putri berpaling ke arah belakang, bulat matanya apabila melihat Ezrul sedang menjerkah seorang budak lelaki yang boleh dikatakan 'nerd'. Putri terus pergi ke arah mereka lalu mengutip buku-buku lelaki itu yang bertaburan di lantai cafe. Selesai mengutip, dia menghulurkan buku-buku itu kepada lelaki itu.

   "Nah." kata Putri sambil menghulurkan buku milik lelaki itu.

  "Te...terima ka...kasih..." ucap lelaki itu.

   "Sama-sama."

  Putri senyum pada lelaki itu. Lelaki itu turut membalas. Kemudian Putri memandang ke arah Ezrul yang agak kaget kerana Putri berada di situ.

   "Lain kali, kalau dah langgar orang, tolong kutip balik barang dia. Bukan kau pergi jerkah lagi dia ni. Sedar diri sikit, siapa langgar siapa dulu. Jangan main terjah je marah orang and malukan dia ni depan orang ramai. Faham!" selepas menghamburkan kemarahannya, dia terus berlalu pergi. Dia memberi isyarat kepada Amy mengatakan dia ingin pergi ke kelas dahulu.

     Ezrul yang tadinya sedang menyinga terhadap lelaki itu terus terkaku. Tak sangka ada perempuan yang berani memalukannya di hadapan orang ramai. Muka tak payah cakap lah, dah tebal macam dinding cafe ni. Kurang ajar punya perempuan! Jatuh standard diasebagai pelajar hot dekat kolej ni! 





     FUH! Hari ni hari yang sangat memenatkan. Letih doo... Assignment dah bertimbun, presentation pulak berlambak. Aduh! Stress aku! Selamat harini hari jumaat, ada jugak masa nak buat semua kerja ni esok and lusa.

    "Putri, kau nak balik terus ke? Or kau nak singgah mana-mana dulu?" soal Nabilah. Waktu itu kami bertiga jalan sama-sama menuju ke tempat letak kereta dan motor.

   "Ermm... Aku ingat nak gi kedai buku jap. Nak beli barang." jawab Putri.

   "So... Kau nak kita orang ikut ke?" soal Zarra.

   "Eh, tak payah la. Aku boleh pergi sorang. Korang balik la dulu, masak sekali tau. Aku lapar ni!" jawab Putri sambil mengusap perutnya.

   "Hmm... Yelah, nanti aku masak!" kata Nabilah.

  "Hehehe... Thank you..."

   "Okay lah. Kami balik dulu, jangan balik lambat sangat tau." kata Zarra.

  "Baik opah!" jawab Putri. Dia menutup mulut menahan ketawanya.

  "Banyak la kau punya opah!" marah Zarra.

    "Hahaha... Bye, aku gi dulu." kata Putri.

    Putri terus pergi ke tempat letak motor, dia mencari motor Kawasaki ninja kesayangannya. Apabila sudah jumpa, dia terus pergi ke arah motornya lalu memakai helmet. Belum sempat dia menaiki motor itu, ada satu suara garau menyapanya dari belakang.

   "Assalamualaikum."

  "Waalaikumsalam." jawab Putri. Dia memerhati lelaki itu dari atas sampai ke bawah. Macam pernah ku tengok budak ni... Tapi dekat mana eh?

   "Ermm... Awak ni siapa erk?" soal Putri.

   "Saya yang awak tolong masa dekat cafe pagi tadi." jawab lelaki itu.

   "Oh! Maaf lah, saya tak perasan. Ada apa eh awak datang jumpa saya ni?" soal Putri.

  "I just wanna say thank you for helping me just now." jawab lelaki itu sambil senyum pada wanita di hadapannya. 'Cantiknya...' desis hati Hariz.

   "Oh... Pasal tadi tu? Kecik punya hal lah. Saya memang pantang kalau tengok orang macam tu. Tak ada kesedaran sivik langsung! Memang patut pun saya marah dia tadi, baru berakal sikit!" tiba-tiba mood Putri bertukar menjadi marah apabila teringat Ezrul.

   Hariz tergelak kecil mendengar celoteh Putri. Comel lah pulak dia ni, macam budak- budak saja.

   "Kenapa ketawa?" soal Putri. Aku ada buat lawak ke? Rasanya tak ada. Pelik pulak mamat ni.

     "Awak tu, nampak comel bila cakap macam tu. Mulut asyik pot pet pot pet je... Macam budak-budak." kata lelaki itu. Dia tersenyum ke arah Putri yang sudah merah muka. Malu lah tu!

  "Oh! Ehem! Saya Hariz. Nama awak?" soal Hariz setelah mereka terdiam beberapa saat tadi.

   "Saya Putri. Nice to meet you Hariz."

   "Nice to meet you too." balas Hariz sambil senyum. Putri membalas senyuman Hariz.

   " Awak dah nak balik ke?" soal Hariz.

   "Tak, saya nk singgah kedai buku jap."jawab Putri.

   "Oh ya ke? Kalau macam tu, jom saya temankan?"

  "Err... Tak apa kot, saya boleh pergi sendiri." tolak Putri lembut.

   "Betul ni tak nak saya ikut?" soal Hariz meminta kepastian.

   "Yaa, betul." jawab Putri 

  "Okay! Saya nak gerak dulu. Kalau gerak lambat, nanti sampai rumah pon jadi lambat kan? So... See you around. Bye, assalamualaikum." kata Putri sambil menghidupkan enjin motornya.

   "Waalaikumsalam, hati-hati bawak motor tu." pesan Hariz.

   "Ya, okay. Bye..." Putri terus memecut motornya keluar dari bangunan kolej.

  <<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

    #To be continue...

EH? MAMAT NI LAGI!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang