Bab 24

3.5K 137 0
                                    

SELEPAS selesai mesyuarat, Farad mengajak Putri untuk makan tengah hari. Mereka singgah di restoran Chicken Rice Shop untuk mengisi perut.

Sesudah memesan makanan, mereka hanya menunggu makanan tiba. Waktu itu, Putri berasa agak janggal kerana Farad seperti sedang memerhatinya. 'Ish! Awatlah mamat ni dok usyar anak dara orang macam tu. Ni yg buat cek rimaih nih!' getusnya dalam hati. Untuk menghilangkan rasa kekok, Putri mengeluarkan telefonnya dan membelek secara rambang.


"Ermm... Putri." panggil Farad. Dia dari tadi memerhati Putri yg kelihatan agak gelisah.

"Huh?" Putri mengangkat muka.

"You okay ke ni?"

"Ya! Okay je, kenapa?" soal Putri.

"Takdelah... I tengok you macam gelisah je. Kenapa?"

Mata Putri membulat sedikit. Oh la la! Nampak sangat ke aku tengah gelisah nih!

"Eh! Err... Takde apa lah bos." nafi Putri.


Kemudian kami diam semula. Putri hanya bermain dengan telefonnya manakala Farad masih lagi merenung ke arah Putri. 'Haih... Kenapa la muka you ni selalu buatkan hati I rasa tak tenang? Takleh tidur malam aku kalau everyday mcm ni!


Putri yang perasan dirinya diperhatikan terus mengangkat muka. "Kenapa bos pandang saya macam tu?" soal Putri pelik dan rimas.


Farad tersedar dari lamunan. "Err.. Takde apalah!" sangkal Farad.


Putri mengerutkan dahinya. Musykil sebenarnya... Apa yang Farad tengok dekat aku sampai nak tembus dibuatnya. Muka dia macam nak tanya something, hmmm....


"Bos ada nak tanya apa-apa ke dekat saya? Sebab dari muka bos, saya tengok macam ade sesuatu yang nak ditanya." soal Putri terus.


Terbeliak sedikit mata Farad. Uish! Nampak sangat ke? Hmm... Nk tanya ke tak? Tanya jelah! "Ermm... Sebenarnya I nk tanya something ni..."

'Tanya apa?"

"Ehem. Err... You dah berpunya?"


Putri terkejut sedikit. Fuh! Straight to the point betul dia nih!

"Err... Tak ada. Kenapa?" jawabnya.


"Oh! Takde apa... Saja tanya, ma.. mana la tau kalau kita keluar macam ni, nanti ada orang yang marah. Kang, tak pasal-pasal muka I jugak yg lebam." kata Farad dengan gelabah. Sedikit sebanyak dia rasa lega kerana Putri bukan kepunyaan sesiapa lagi.


Tiba-tiba Putri ketawa. Farad pula seperti terpaku melihat Putri ketawa. Setahu dia, ini kali pertama dia melihat Putri ketawa begitu. Fuh! Cantik!

"Bos ni kelakar lah... Kalau saya ada boyfriend pon, dia takkan marah kalau saya keluar dengan bos macam ni." kata Putri dengan ketawa yg masih bersisa.


"Kenapa pulak dia tak marah?"


"Yelah! Sebab bos kan bos saya. Kita keluar atas urusan kerja kan? Bukan keluar date kan? So? For what dia nk marah saya pulak, kan?"


Farad mengangguk. Betul jugak tu.. Haih.. Apa punya soalan daa...

Selepas itu, makanan yg dipesan sampai juga. Kami membaca doa dan terus makan.


"Sedap?" soal Farad.


Putri mengangguk "Hmm, sedap!" katanya sambil senyum.

Farad membalas senyuman Putri lalu sambung makan.

EH? MAMAT NI LAGI!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang