Putri termenung di balkoni ruang tamu. Dia hanya memerhati jalan raya yang lenggang pada malam itu. Fikirannya terlayar pada kejadian di restoran tadi. 'Haih.. Macam mana la aku boleh terserempak dengan dia dekat situ? And apa yang aku dah buat ni? Kau mengaku dia tu boyfriend kau? Like seriously Put? ' kata Putri dalam hati.
Flashback...
Selepas Putri dan Ezrul selesai menghabiskan makanan, mereka membuat keputusan untuk pulang ke ofis. Apabila sampai di pintu restoran, Putri terserempak dengan Daniel yang baru ingin masuk ke dalam restoran tersebut bersama Anisa. Putri jadi terkaku di situ 'Aduh! Bala mai dah! ' Putri memandang Ezrul yang turut pelik apabila melihat dia berhenti secara tiba-tiba. "Kenapa berhenti ni? " soal Ezrul.
Putri tidak tahu hendak membalas apa. Dia merenung Ezrul di sebelah kemudian merenung ke arah pasangan yang baru menyedari keberadaan nya di situ.
"Eh? Put, you buat apa dekat sini? " soal Daniel apabila dia menghampiri Putri dan Ezrul. Tangannya tidak lepas dari genggaman Anisa.
"Haah lah.. Kau buat apa dekat sini? Dating ea? " usik Anisa sambil sengih.
Putri dan Ezrul hanya diam. Putri yang ingin membalas kata mereka terus dipotong oleh Daniel lagi. "Siapa ni? Kawan you ke? "
Putri berdehem sebelum menjawab "Erm.. Anisa, Daniel ni boyfriend aku, Ezrul Zakwan. And sayang, ni kawan lama I, Daniel and Anisa. " kata Putri. Bulat mata ketiga-tiga makhluk Allah itu.
'Eh? Bila masa aku couple dengan dia ni? And she call me sayang?' soal Ezrul dalam hati.
'Boyfriend Putri? Mamat ni ke yang dia kata haritu? Bukan biasa-biasa mamat ni! Macam anak orang kaya pon ada. Biar betul?' desis hati Daniel.
Tetapi Ezrul berlagak selamba sahaja. Buat-buat biasa dah la. Dia pantas hulurkan tangan untuk bersalam sambil senyum. Daniel sambut huluran Ezrul.
"Dia ni boyfriend you? " soal Daniel tidak percaya. Putri pantas mengangguk.
"Eh, jap. Ezrul ni bukan ke CEO Berjaya Holdings tu? You antara CEO termuda kan yang pegang syarikat besar tu? " soal Anisa bertalu-talu.
Ezrul memasukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya sambil senyum kacak. "Yes, sayalah orangnya. "
"Wow! Unbelievable! Kau couple dengan CEO sekarang? Wow! Tahniah weh! " ucap Anisa dengan teruja.
Daniel hanya senyum biasa. Matanya tidak lepas dari memandang muka kacak Ezrul. 'Uish! Mamat ni kerja sebagai CEO? Hebat jugak tarikan Putri ni sampai CEO pun nak kat dia. ' bisik Daniel.
"Korang dah nak balik ke? " soal Anisa.
"Haah, kita orang dah nak balik. Waktu lunch dah nak habis. " jawab Ezrul bagi pihak Putri. Dia tahu mesti ada sesuatu yang Putri sembunyikan tentang Daniel dan Anisa daripada pengetahuannya. Takpe, dia akan siasat nanti...
"Oh! Okaylah kita orang pergi duduk dekat meja dulu. Nice to meet you, Ezrul. " pamit Anisa. Daniel pula asyik merenung ke arah Putri yang menunduk. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya tentang Putri.
Ezrul senyum ke arah mereka berdua. "Nice to meet you to, Anisa and Daniel." balasnya.
Dia perasan mata Daniel tidak lepas daripada memandang wajah Putri. 'Diorang ni ada hubungan ke dulu? ' soal hati Ezrul.
"Okaylah, kami minta diri dulu. Jom sayang? " katanya.
Putri hanya mengangguk dan terus menarik lengan Ezrul supaya berjalan dengan lebih cepat.
YOU ARE READING
EH? MAMAT NI LAGI!
Romance[COMPLETED✔] WARNING! [Ini first story so maybe banyak kekurangan.] Putri Sofea- seorang gadis yang periang, happy go lucky dan berperwatakan kasar. Dia sebenarnya tidak suka dengan lelaki, maksudnya tidak mahu bercinta. Kalau berkawan biasa tak...