BAB 65 (MEMORY)

95 16 0
                                    

SAME DAY🤍

Evans Uraiz berjalan mundar mandir di hadapan pintu rumah banglo. Dari tadi dia berasa takut untuk menekan loceng rumah itu. Tekan loceng je, lepas tu ucap salam. Come on Evans! nguman lelaki itu, sebenarnya dia takut mahu bertemu kedua orang tua Armel walaupun dia sudah berjumpa pagi tadi di sekolah. namun perasaan gemuruh itu tetap ada dalam dirinya. Arh tak macho la! Getusnya lagi.

"Eh Evans, tekan cepat lah loceng tu! Tak mati pun!" Seloroh Adam menjerit separuh marah, mana tidak ye kalau dekat 15 minit lelaki itu asyik mundar mandir. Dia yang dalam kereta bersama Zarryn juga tidak senang tengok keadaan Evans. bukan pergi merisik pun!

"okey, Evans you can do it. Okey go!" ucap Evans memberikan kata semangat pada dirinya. dengan kekuatan yang terkumpul, loceng pintu rumah itu ditekan. Tidak lama itu kedengaran, suara wanita seakan menghampiri pintu.

Pintu banglo dikuak dari dalam, tersembul kepala Datin Ariana sebalik pintu. Evans berlagak Macho, tubuhnya ditegapkan sedikit.

"Assalamualaikum, auntie. Armel ada?" tanya Evans sedikit nada gementar.

"Kamu kawan Armel ke? dia ada tengah bersiap dekat atas. Kejap, Armel! kawan kamu dah sampai ni. cepat sikit!" Teriak Datin Ariana menyuruh Anak daranya cepat bersiap.

"Kejap mummy!" kedengaran suara Armel dari atas. Datin Ariana hanya mengeleng kepala, sambil melirikan senyuman.

"masuk dulu la, kesian kamu dekat luar" pelawa Datin Ariana, Evans menolak pelawaan itu. dia berasa segan lagipun rakan yang lain sudah lama menunggu.

Mereka berpandangan seketika, wajah pemuda itu direnung seketika. Datin Ariana mengerut kening menyedari sesuatu.

"kamu bukan ke.."

"bakal menantu mummy" tiba-tiba suara Armel mencelah, kemudian berlari anak-anak memeluk lengan lelaki itu. Mahu luruh jantung muda Evans akan perbuatan Armel, sudahlah dia berasa gemuruh diusik pula bergitu hadapan Datin Ariana.

Wanita dihadapannya memandanya dengan muka serius. Kedua tangan disila ke dada. Evans mula cuak direnung sebegitu.

"kamu Evans Uraiz Lawrance?" tanya ingin kepastian. Automatic Evans meneguk air liur, tekaknya terasa kering.

"Ye, saya" teragak-agak Evans menjawab, wanita itu masih merenungnya.

"lah ini ke budak lelaki yang selalu Armel cerita itu. erm handsome!" suara Datin Ariana yang serius berubah ceria, wajahnya kelihatan gembira. Armel tersenggih mengangguk.

"handsome kan mummy, nanti mama boleh tengok cucu mummy mesti handsome macam dia" usik Armel memandang Evans disebelahnya. amboi jauh berfikir, sampai ke cucu ye armel. Datin Ariana ketawa, mengiakan.

"eh kejap, mummy nak panggil papa. Mummy nak tunjuk muka bakal menantu mummy ni"

"eh takpe-takpe mummy, nanti. Armel dah lewat ni. kita buat family meet nanti" Laju Armel menolak, Evans pula mengangguk bersetuju. Kalau ibu sudah dia takut apatah lagi dengan ketua keluarga. Mahu pengsan dia nanti.

"ala kejap je"

"nanti la mummy, bye I love you!" ucap Armel menyalami tangan Datin Ariana. Kedua belah pipi ibunya dicium. Dia melangkah masuk ke dalam perut kereta, sempat dia melambai kearah Datin Ariana sebelum kereta bergerak meninggalkan rumah.

_____________

Langkawi, 9.00 PM

Sebuah kapal Sunreef 80 berlayar merentasi lautan ketika waktu sudah menjengah malam. Angin malam bertiup dingin, hanya lampu daripada kapal layer mewah itu menerangi suasana. Kaki diatur menapak ke depan bersebelahan Kapten kapal yang sedang mengemudi kapal tersebut.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now