BAB 11 (AGAIN)

421 58 11
                                    

0 5 / 0 5 / 2 0 ❤️
____________

Sunyi.

Hayden menapak mengikut gerak hatinya meninjau kawasan sekolah seorang diri selepas dia meninggalkan Adam dalam gelanggang basketball tadi. Semua rakan barunya sibuk akan urusan masing-masing. Dia tengah serabut sebenarnya sekarang. Tak tahu nak buat apa. Keluhan dikeluarkan sambil kaki masih terus melangkah.

Dia berjalan melepasi setiap bilik-bilik dalam bangunan itu. Apa yang menarik sangat dengan sekolah ini?

Dia mengaku dia sendiri janggal akan keadaan sekolah ini. Dia memilih untuk tidak menonjolkan diri atau menyertai apa-apa sukan pada tahun ini.

Namun, lain pula yang terjadi.

***

"Hayden, aku nak kau join competition boxing wakil dorm kita." Kata Zarryn seraya menghulurkan borang penyertaan acara sukan boxing tahunan sekolah.

Kelima-lima rakannya serentak menoleh pada Zarryn dengan muka terkejut.

Hayden pula yang ralit menulis tiba-tiba berhenti menulis.

Boxing? Sejak bila sekolah ini ada sukan boxing? Khabar berita mengenai kelab boxing dalam sekolah ini pun tidak pernah ada.

Malah neneknya sengaja menghantarnya dari Johor ke sekolah ini semata-mata mengelak diri daripada menyertai akitivit lasak seperti boxing.

Hayden membetulkan cermin mata sambil memalingkan wajah pada Zarryn yang elok menghulurkan borang padanya.

"Kali ni memang terbukti kau memang gila Zarryn. Kau nak minta Hayden join pertandingan boxing? Practice tak sampai seminggu. Serious lah mana sempat." kata Adam tidak bersetuju akan permintaan Zarryn sebentar tadi.

Zarryn memandang muka Adam dengan pandangan tajam. Ada saja mamat ini, menyibuk je kerja.

"Aku nampak gambar dia dalam bilik boxing. So ya, mungkin dia pernah join boxing before he comes here," kata Zarryn ingin mempertahankan diri.

Sudah.. semua memandang Hayden meminta penjelasan.

"Tapi gambar masa sekolah rendah la," sambung Zarryn.

Dia sendiri melihat gambar-gambar Hayden yang tersebar dalam kalangan pelajar perempuan terutama junior mereka. Mana diorang dapat pun tak tahu. Gambar masa sekolah rendah pun dapat. Dahsyat betul diorang. Maklum la Hayden kini sudah masuk geng hot sekali dengan Evans dan Adam.

"Kau memang nak minta Hayden ni join boxing ke? Fight dengan Haiqal?" kali ini Evans bersuara. Siapa yang tidak kenal dengan jaguh boxing terkenal dalam sekolah ini.

Dorm Excell, merupakan pesaing sengit antara Dorm Steeve. Dia mengaku dorm excell mempunyai atlet handal berbanding Eve sendiri, lagi-lagi berkait boxing. Sebut saja boxing semua pasti kecut perut mula la terbayang wajah Haiqal itu. Sebab itula boxing tidak la seheboh mana berbanding dengan acara sukan lain. Masing-masing ingin mengelak dari menyertai.

"Aku dah habis pening fikir siapa yang boleh masuk sukan ni. Semua macam nak mengelak. Setakat Haiqal, ala lebam sikit je. Paling teruk kau kena tahan dalam wad seminggu. Best dapat cuti," pujuk Zarryn. Dia sendiri pening. Semua mahu mengelak dalam acara sukan boxing. Ada yang cuba berdalih dengan menyertai acara perarakan. Jadi mahu tidak mahu, dia terpaksa meminta Hayden menyertai acara ini.

"Wah bestnya dapat cuti! Masuk la Hayden. Kau mesti dapat cuti seminggu. Best tak ada homework. Oh my god!" Sampuk Armel. Dengar saja cuti, tiba-tiba memujuk Hayden menyertai boxing tanpa berfikir panjang. Ayshalyn disebelah menyiku lembut bahu Armel.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now