BAB 4 (SCHOOL)

541 67 18
                                    

Same date ❤️
________________________

"Encik Hayden kita dah sampai," Kedengaran suara seseorang menyapa gegendang telinga yang dilitupi earphone.

Hayden mengangkat muka sambil mencabut earphone di sebelah kanan telinganya. Dia melihat ke luar tingkap. Beberapa bangunan yang sederhana tinggi yang normal bagi sekolah terlihat. Satu keluhan kecil dikeluarkan.

"Tak apa la Pak Mat. Saya keluar dulu ya. Terima kasih hantar saya and nanti bagitahu nenek tak payah la jenguk saya hari-hari kat sini. Saya boleh jaga diri," Kata Hayden.

Serabut kepalanya dengan nenek tu. Ada ke dia nak datang hari-hari kat dorm ni, nak tengok sama ada dia belajar ke tak. Hari ni pun neneknya tidak dapat menghantarnya ke sekolah kerana ada urusan 'Kelab Wanita Emas' dengan rakan-rakan 'emas' dia yang lain.

Dah la sekarang dah jadi budak nerd! Cermin mata yang berada di hujung hidungnya ditolak kasar ke atas. Serabut!

"Ya, nanti Pak Mat bagitahu." jawab Pak Mat. Hayden mengangguk dan segera berlalu keluar. Hayden berjalan ke arah pondok jaga di situ.

"Assalamualaikum pak cik. Boleh saya tanya?"

"Waalaikumsalam. Ya ya boleh. Ada apa?" Tanya pak cik itu balik.

"Dekat mana dorm sekolah ni?" Tanya Hayden.

"Oh, anak ni pelajar baru ya?" tanya pakcik tu lagi. Hayden mengangguk.

"Kalau macam tu, boleh pakcik tengok dulu dokumen yang mengatakan awak masuk sekolah ni? Bukan apa, sekarang kan banyak muslihat." terang pakcik tu berhemah. Hayden mengeluarkan dokumen diri dan beberapa surat. Pakcik itu mengangguk-angguk membaca.

"Okey awak masuk ni belok kanan. Lepas tu terus je. Dormnya dekat dalam sana," Jelas Pak cik tu dengan gayanya sekali. Hayden mengangguk-angguk.

"Ok terima kasih pak cik ya," ujar Hayden. Pengawal itu mengangguk sambil senyum. Hayden mengangkat barang-barangnya dan terus berlalu ke arah yang ditunjukkan oleh pak cik tadi.

Kakinya terus melangkah sambil matanya liar melihat keadaan sekeliling.

Royal school.

Banyak bangunan gah tersergam. Dia melangkah sehingga sampai di satu pintu pagar besar dan bertulis.

WCIS DORMITORIES

Hayden mengangkat kepala, matanya melilau memerhati keadaan sekeliling. Beberapa buah bangunan yang dibina reka bentuk menarik perhatian. Dia menyusun langkah masuk ke dalam kawasan itu melepasi bangunan besar tadi.

Di sebelah kanannya ada taman yang sangat besar, pelajar-pelajar di situ untuk beriadah. Maklumlah, sekarang kan petang nak dekat senja. Ramai la yang berjoging dan sebagainya. Ada juga kafe, koperasi dan bangunan-bangunan lain.

Kakinya terus melangkah tanpa arah tujuan. 'Aku blok mana ni?' Desis hatinya. Puas matanya melilau mencari bangunan asrama dimana biliknya berada. Kakinya berhenti melangkah dan kepalanya dipalingkan ke kiri. Terdapat 4 buah bangunan yang boleh tahan besarnya.

"Haish, laluan mana aku nak masuk ni. Tu la Hayden, tadi tak nak tanya terus pak cik jaga tu." Hayden membebel seorang diri. Ah, masuk saja la. Kakinya terus melangkah masuk ke satu blok di tengah.

Dia melangkah masuk dengan selamba. Ada jugak rasa takutnya sebab lukisan-lukisan di dinding ini menakutkan. Semua gambar-gambar hantu.

Tapi tidak la terlalu seram. Pelik dia. Aku masuk sekolah apa ni? Yang lagi menambahkan hairan Hayden, semua penghuni dorm ini sedang mengecat dinding dorm mereka dengan warna putih balik. Macam menutup lukisan-lukisan seram tu.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now