BAB 46 (PRESENT)

282 33 8
                                    

1 4 / 0 6 / 2 0 ❤️
________________

Zarryn membuka selak di pintu pagar kecil yang menghubungkan rumahnya dan rumah jiran kesayangannya, Adam Rizal. Dia melangkah ke arah pintu utama. Kelihatan banyak kasut di depan pintu. Kedengaran juga suara-suara dari dalam rumah. Adam ada tetamu ke?

"Assalamualaikum.."  Zarryn memberi salam serta ketukan di pintu. Setelah beberapa ketika, dia mendengar orang dari dalam menyahut seraya pintu terkuak. Muncul seorang wanita yang berapron dengan batang penyapu di tangan.

"Oh mbak Zarryn.. lagi nungguin bapa Adam ya?" bibik Adam iaitu Bik Enon yang berasal dari Indonesia. Zarryn mengangguk. Nasib baiklah dia ada juga tengok cerita Indonesia jadi faham lah juga.

"Iya Bik Enon. Dia kat mana?" tanya Zarryn. Belum sempat Bik Enon menjawab, dia nampak seorang lelaki sedang mengejar dua kanak-kanak perempuan dengan gaya dinasour yang tak berapa nak dinasour. Dan budak-budak tu berlari bagai dikejar T-rex.

Ya. Tepat sekali. Dia nampak Adam main kejar-kejar dengan dua kanak-kanak perempuan.

"Uwargh!" Adam masih mengejar. Bunyi gelakan dan sekali sekala kanak-kanak it terpekik takut dikejar Adam.

"Aduh pak Adam! Udah-udah dong. Saya pusing ni pak! Pusing!" Bik Enon dah stres bila rumah dah bersepah. Sekali kemas, bersepah balik. Lenguh tubuh badan mengemas rumah tak henti-henti. Dengan tangan-tangan diletakkan di kepala. Tanda yang dia betul stres.

Adam berhenti dari mengejar. Dia ketawa terkekeh bila Bik Enon macam tu. Dengan tangan urut dahi nampak tension sangat tu. Sabar la Bik, ini semua dugaan. Adam mengalih pandangan, dia lihat Zarryn di depan pintu.

"Kejap. Aku ambik beg," Dia pergi ke dapur untuk mengambil beg laptop dan bukunya yang diletakkan di atas meja makan.

"Eh Zarryn, marilah masuk dulu, minum." tegur mama Adam bila dia perasan Zarryn berada di pintu. Pelawaan mama Adam itu membuatkan semua kepala di ruang tamu itu berpaling pada Zarryn. Gadis itu tersenyum mesra. Dia masuk ke dalam rumah dan menyalami orang tua Adam dan tetamu Adam.

"Eh tak apalah auntie. Dah lambat ni. Sorry auntie." balas Zarryn menolak pelawaan mama Adam. Dia juga senyum pada tetamu Adam yang memandangnya sambil tersenyum.

"Girlfriend Adam ya?" tanya seorang wanita anggun yang sedari tadi memandang Zarryn. Terkejut Zarryn dengan soalan tu.

"Eh tak adalah. Saya kawan Adam je," jawab Zarryn serba salah. Alah, segan pula aku.

"Kakak, kakak ni cantiklah!" puji seorang kanak-kanak perempuan yang berada di sebelah wanita anggun tadi. Tak silap, budak ni yang main kejar-kejar dengan Adam tadi.

"Haahlah. Akak ni cantik!" puji seorang lagi kanak-kanak. Muka seiras dengan kanak-kanak pertama tadi. Zarryn agak yang mereka kembar seiras.

Zarryn tersenyum pada kanak-kanak itu. "Korang lagi cantik. Comel!" Zarryn mencubit perlahan pipi kedua kanak-kanak perempuan itu.comel!

"Kakak sesuai dengan Abang Adamlah! Abang Adam handsome, kakak cantik!" kata mereka lagi. Zarryn ketawa mendengarnya. Amboi korang, kecil-kecil lagi dah pandai. Memang tak lah serasi. Andai kata dia terpaksa berkahwin dengan Adam, mahu dia melarikan diri sehari sebelum akad nikah.

Orang tua Adam juga turut ketawa bila dengar. Memang mimpilah kalau Zarryn angguk atau jawab ya. Mimpi indah yang tak diduga kerana mereka sangat sukakan Zarryn. Gadis itu banyak mempengaruhi hidup Adam. Tambahan pula, mereka dah memang kenal Zarryn dan latar belakang keluarganya bagaimana.

"Zarryn ni anak kawan kami. Tinggal kat sebelah tu je. Sebaya dengan Adam," jawab papa Adam pula pada wanita anggun itu.

"Oh. Alah tak lama lagi bertukar la status kawan tu. Korang pun auntie nampak sama cantik, sama padan." kata wanita anggun tu lagi. Zarryn sengih serba salah. Tak tahulah nak geleng ke nak angguk. Tadi anak-anak dia dah cakap macam tu. Ni mak pula. Aduh. Mana Adam ni.. Lama pula dia menghilang.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now