BAB 8 (EYE TALK)

444 74 7
                                    

Same date ❤️
_________________

Bunyi derapan tapak kaki seperti sedang berlari memenuhi ruang sunyi koridor. Pintu bilik stor yang sedikit renggang tidak ditutup rapat pantas dibuka olehnya. Lekas Adam masuk ke situ.

Dia membengkok sedikit badannya sambil memegang kedua-dua kepala lututnya. Penat gila berlari sekeliling sekolah dikejar Zarryn yang menyinga itu. Tak cukup nafas dibuatnya.

"Boleh pengsan kalau hari-hari macam ni, " kata Adam dengan nafas tercungap-cungap. Dia kembali berdiri sambil menguak rambutnya yang sedikit basah dan jatuh menutupi pandangan matanya. Peluh di dahi terus dikesat olehnya. Perlahan-lahan dia duduk pada kerusi untuk menghilang penat.

***

Ayshalyn berjalan sambil mata melekap pada telefon. Dia masih tidak dapat apa-apa info dalam page sekolahnya tentang Zarryn dan Adam. Apa yang dia tahu, ada pelajar yang sempat merakam kejadian tadi dan telah viral. Haih mana pula dua ekor tu pergi.

Baru sahaja dia ingin membuka pintu kelas, tanpa diduga pintu kelas terlebih dahulu dibuka oleh seseorang dari dalam.

Kaki Ayshalyn terhenti dihadapan muka pintu kelas apabila wajah lelaki berkaca mata tiba-tiba muncul sebaik sahaja pintu dikuak. Jarak diantara mereka hanya berapa inci sahaja, amat dekat.

Berkaca mata, memiliki warna mata kelabu yang mempersonakan serta berkulit putih itu diperhatikan oleh Ayshalyn.

'New student? Ar Hayden pelajar tadi' Detiknya. Baru dia teringat lelaki tersebut yang telah memberikan dia sapu tangan dekat pejabat tadi.

Cepat-cepat Hayden mengalih pandangan. Ingin mengelak daripada keadaan janggal itu. Lalu dia pergi meninggalkan Ayshalyn yang masih beku di muka pintu.

Dari jauh mata Ayshalyn tidak terlepas memandang Hayden dari belakang. Lelaki itu kelihatan tinggi dan segak walaupun daripada belakang. Entah mengapa hatinya berdegup kencang.

What's wrong with me?

"Ayshalyn... " sapa Armel dari belakang lalu memeluk bahu rakannya itu. Pelik tiada balasan dari gadis itu.
Armel memandang muka Ayshalyn yang sedikit kemerahan.

"Ayshalyn, kenapa muka kau merah tiba-tiba ni? Kau sakit ke?" tanya Armel dengan polos sambil menekap tangan pada dahi Ayshalyn. Tiada rasa suhu tinggi pada dahi Ayshalyn, cuma pipinya kelihatan merah.

Armel mengalih pandang melihat seorang lelaki tinggi yang sedang berjalan dari belakang. Kelihatan beberapa pelajar perempuan berhenti berjalan tepi koridor sambil menekup mulut dan membicarakan sesuatu dengan rakan sebelahnya. Mereka kelihatan tersenyum-senyum.

"Siapa tu? Student kelas kita juga ke?" Armel bertanya kepada Ayshalyn yang masih kaku memerhati Hayden dari jauh.

"Wait. Student kelas kita?!" tanya Ayshalyn sambil mengalihkan pandangan memandang Armel. Ingin tahu. Armel menjungkit bahu.

"May...be," jawab Armel.

"Lagipun aku nampak dia keluar dari kelas kita tadi, then terserempak dengan kau masa nak masuk kelas. Korang beku kejap tadi."

"Arh sebab tu muka kau merah?" tanya Armel tersengih-sengih masam basi. Pantas tangan Armel yang memeluk bahu ditepis oleh Ayshalyn. Mukanya kembali menjadi tegang sediakala.

"Mana ada," jawab Ayshalyn cuba mengawal reaksi. Armel tersenyum polos sambil mulutnya membuka menyebut 'ooo' acah-acah faham.

Baru mereka ingin masuk ke kelas, mereka dengar ada yang menjerit nama Ayshalyn. Mereka mengalih pandangan mencari gerangan yang memanggilnya. Kelihatan Evans tergesa-gesa menghampiri dua gadis itu.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now