BAB 60 (NOW)

327 33 10
                                    

Same date❤️
_________________

Malam yang penuh kemeriahan, Nayla dan Yumi seperti biasa menjadi juruacara majlis. Kelihatan satu band musik bersiap-siap di atas pentas dengan alat muzik. Yumi menoleh seraya memberi isyarat mata, Zed di hadapan standing mic mengangguk tanda sedia. Yumi tersenyum mengerti begitu juga Nayla.

"As always, without dancing and music it doesn't bring meaning of prom night, right?" tanya Yumi mula bicara. Knights memberi perhatian pada dua pengacara itu.

"So Knights, please get your Prince and Princess." pinta Nayla untuk Knight mencari pasangan masing-masing.

"And one of the couples will be chosen as The King and The Queen of the night!" sambung Nayla sambil senyum lebar. Knights mula sibuk ke arah pasangan masing-masing.

Zarryn tersenyum sumbing. Dikerling ke arah Armel yang dah heret lengan Evans awal-awal.

"Let's go,"

Zarryn berpaling ke arah Qairul yang pelawa Lieya menjadi pasangannya. Sempat dilihat Lieya tersenyum sinis ke arahnya. Terus Zarryn mengalihkan pandangan.

Dia tunduk kepala lihat dress yang cantik pada tubuh. Baru semalam dia berangan mahu menari dengan dress ini bersama Qairul. Namun, lain pula yang jadi. Tak apa lah, nak buat macam mana kan. Langkah diatur ke pintu untuk keluar.

Adam yang melabuh punggung di atas anak tangga sekadar memandang bekas kekasihnya bersama orang lain. Kepala disandar pada penghadang tiang tangga, sebelah tangan memegang gelas berisi separuh air. Perutnya pula sudah penuh dengan makanan. Disebabkan dia bosan tak tahu nak buat apa, jadi dia makan je lah malam ini.

Anak matanya terarah pada Knights yang berkumpul di tengah-tengah hall untuk menari.

"Ehem!"

Adam mendongak kepala melihat Tan Yik Lan terpacak depannya. Automatik sebelah kening terangkat. Kenapa?

"Kau nak apa?" tanya Adam. Dia nampak Tan Yik Lan tersengih-sengih di depannya.

"Jom menari dengan aku? Aku tak ada teman,"

Semakin berkerut kening Adam. Gila ke apa ajak dia menari. Kalau perempuan tak apalah juga. Ni sama jantina, geli dia.

"Lan, barbiturates pills kau dah habis ke? Sengal semacam ajak aku menari sekali," Adam terjegil sedikit bebola mata. Dia mengubah posisi duduk membuang pandang ke arah lain. Lelaki Cina itu hanya gelak besar.

"Adam kau dah kenapa? Jealous si Lieya menari dengan 'ex' boyfriend Zarryn ke?" soal Tan Yik Lan selamba. Adam dah renung dia semacam. Soalan itu menyaktikan hati, bukan kerana Lieya tapi Zarryn. Hatinya masih panas membahang teringat perbuatan Qairul.

"Eh, eh seat dekat sana, ni port aku. Pergi sana." halau Adam nada tidak senang. Si Tan Yik Lan ini tiada partner ke nak berkepit dengan dia? Tahu lah dua-dua pegang title single.

"Tanya saja meh," Tan Yik Lan mencebik mulut

"Mana tahu kau ada hati dek.."

"Eh, sibuk lah kau ni." Adam tolak kepala Tan Yik Lan dan bingkas berdiri.

Mata Adam meliar, rata-rata pelajar sudah mempunyai partner kecuali Iman Sarimah yang sibuk mengambil makanan dan dia nampak satu susuk tubuh gadis yang menapak keluar dari dewan.

Zarryn. Kenapa dia keluar?

"Lan, Iman macam free. Cuba pancing dia la. Dah-dahlah jadi gay." kata Adam bergegas menapak turun anak tangga dan ekori Zarryn dari belakang.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now