Same date❤️
___________________Majlis perasmian berjaya dirasmikan dengan sempurna oleh Tan Sri Fareez. Pelajar dibenarkan masuk ke kelas masing-masing atau membeli makanan di kantin, kebetulan majlis itu habis pada waktu rehat.
Suara dan gelakan daripada pelajar memenuhi ruang kelas. Kelihatan mereka dengan berbual kosong dan saling bergurau satu sama lain.
Ayshalyn membelek telefon sambil duduk di sofa di pejabat menunggu Sir Hazar untuk menghantar borang.
Selepas kejadian Zarryn dan Adam pagi tadi, matanya tidak terlepas melihat telefon. Sudah tentu topik tersebut menjadi hangat di halaman sosial sekolah. Bukan itu sahaja batang hidung si Zarryn juga tidak kelihatan. Kemanakah dia pergi mengejar Adam? Haih tak habis la dua orang tu.
*****
Usai sahaja majlis, Hayden terus mengambil kesempatan ini untuk menguruskan sesuatu berkaitan dengan sekolah baharunya itu. Dia berjalan-jalan sambil matanya melilau mencari papan tanda pejabat sekolah. Daftar diri!
Matanya tertancap pada papan tanda pejabat yang tersangkut di dinding. Dia menolak pintu dan melangkah masuk dan pada kala itu matanya terpasak pada satu figura gadis lengkap beruniform sekolah yang sedang duduk di atas sofa sambil memegang telefon dan sehelai kertas.
Perempuan tersebut juga turut memandang ke arahnya apabila menyedari ada yang melangkah masuk ke pejabat. Namun Hayden hanya menghiraukan sahaja dan terus berjumpa dengan kerani di situ.
"Yes, may I help you?" Tanya kerani itu terlebih dahulu sebelum Hayden menegur. Hayden senyum.
"Saya nak register as a new student here." Balas Hayden sambil tangannya menghulurkan fail biodata dirinya pada kerani tersebut. Dia melihat kerani itu membelek-belek fail tersebut.
"Ouh Hayden Ziyad. Your nan, Datin Sri Kamsah right? Your nan already pay the payment untuk 1 semester ni and you already get your room is it? The fees for this semester already paid. You boleh duduk kejap dekat ruangan menunggu tu sebab ada few things nak settle,"
Hayden hanya mengangguk kepala.
Dia kembali ke tempat pelajar perempuan tadi duduk. Sempat dia memerhati keadaan sekeliling. Di ruangan itu dihiasi beberapa frame gambar pengetua, guru tauliah bulanan serta sijil dan piala penghargaan. Beberapa buah sofa juga disusun atur.
Seorang gadis yang menyedari kehadirannya tidak lagi berganjak dari situ. Dia kemudian melabuh punggung duduk di sofa menghadap gadis itu.
Setelah beberapa minit keadaan sunyi, tiba-tiba dia terdengar suara bersin dari gadis itu. Hayden mengangkat kepala. Dia melihat perempuan itu sedang menutup mulut manakala gayanya seperti tercari-cari sesuatu di dalam poketnya. Tisu la kut.
"Hayden Ziyad,"
Namanya dipanggil oleh kerani itu. Dia mengangkat punggung. Semasa dia berlalu di tempat pelajar perempuan itu duduk, sempat dia hulurkan kain kecil miliknya kepada perempuan itu.
Oh jangan kata dia seorang yang gentlemen sebab dia bukan jenis lelaki yang suka ambil tahu hal perempuan. Dia cuma tak nak nanti hingus wanita tu meleleh je nanti. So daripada sofa cantik pejabat tu jadi keras sebab hingus wanita tu lebih baik dia bagi kain tu.
Wajah pelajar perempuan itu nampak sedikit terkejut seraya mengangkat kening tanda 'apa'.
"You're looking for your tissues right? And I think you don't found it. Saya just nak tolong je," Hayden sekali lagi menghulurkan kain kecilnya itu pada perempuan comel di depannya.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️