BAB 20 (BIRTHDAY 2)

279 41 11
                                    

Same date ❤️

————

So, ini gambar diorang dressing up 🤗

So, ini gambar diorang dressing up 🤗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_________________

Adam dan Zarryn masih dalam perjalanan ke rumah Hayden. Zarryn sudah berhenti membebel, namun dia kelihatan gelisah. Seketika mengosok tangan lepas tu bahu. Hembus haba pada tapak tangan. Macam-macam gelagat, tak senang tengok Adam dibuatnya.

"Kau dah kenapa? Macam ikan tak kena air," nak kata panas, dia rasa selesa je. Sekilas lalu dia intai pakaian Zarryn yang berwarna hitam, lengan berenda putih. Nampaklah lawa sikit, selalunya tak ada beza dengan makcik kantin.

"Aku sejuk la," jujur Zarryn menjawab, dari hujung kaki sampai tapak tangan dia sejuk. Pakaian yang dia pakai tidak cukup tebal. Suhu sejuk aircond seakan mencuit-cuit permukaan kulitnya. Itu yang macam gelisah semacam.

"Ouh, kau sejuk ke.." Zarryn mengangguk kepala.

"Kesian kau," prihatin Adam, dia menyentuh butang aircond dan menurunkan suhu paling rendah.

Zarryn yang berasa sejuk itu, mula menyedari perbuatan jahat Adam. Anak mata Zarryn mencerlang tajam Adam yang memandu. Tanpa lelaki itu minta, Zarryn menghadiahi satu tamparan betul-betul mengena kepala Adam.

"20 tahun hidup tak bijak-bijak kau ni," marah Zarryn, dia menutup aircond. Baru selesa. Adam pula yang berpeluh. Mana tak berpeluh dengan suit dah la hitam. Nasib bukan tengah hari, kalau tidak mahu cair macam aiskrim. Dia menekan butang sunroof, bumbung kereta automatik dilungsurkan turun.

Kereta yang tertutup itu, kini terbuka luas. Angin dari luar meniup rambut lelaki menyebab rambutnya terselak ke belakang. Adam tersenyum, dia suka dengan keadaan itu. Namun tidak bagi Zarryn yang berusaha melindungi rambutnya yang baru buat dari salon.

"EH SLOW SLOW SIKIT!!" jerit Zarryn cuba melindungi rambutnya. Semakin kuat Adam menekan pedal minyak kereta.

Kereta Mercedes c amgt yang memecut laju itu akhirnya berhenti sebaik sahaja lampu isyarat merah bernyala. Sedang mereka menunggu lampu itu bertukar warna hijau, tiba-tiba saja hujan turun dengan lebat membasahi bumi.

"Adam tutup bumbung balik, cepat Adam! Rosak gaun aku ni!" cemas Zarryn menepuk-nepuk bahu Adam berulang kali. Adam menekan butang sunroof, namun bumbung kereta tidak menutup. Semakin cemas gadis disebelahnya.

"Adam tutup! Kau pekak ke apa?! Gaun aku dah basah ni!" marah Zarryn hilang sabar. Lelaki itu pandang Zarryn yang tengah cemas.

"Zarryn, aku rasa.." dia mati kata. Zarryn sudah terjenggil mata.

"Benda ni rosak," kata Adam membuatkan gadis itu terbeliak mata.

__________

"Mana Adam dengan Zarryn ni?" gumam Evans, dia menyelak lengan bajunya sedikit. Jam sudah 9.30, majlis sudah lama mula. Kelibat dua manusia bertuah itu masih belum muncul.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now