3 1 / 0 5 / 2 0 ❤️
_________________Cuti semester mereka sudah hampir ke penghujung. Result exam pula akan keluar lusa. Hari itu juga akan diberitahu siapa yang bertuah jadi transfer student ke London selama sebulan.
Zarryn makin hari, makin stress dia memikirkan result. Macam mana kalau down? Macam mana kalau ada fail? Argh! Dia meroyan atas katil. Diambil telefonnya dan mendail nombor jiran sebelah.
"Adam aku stress!" adu Zarryn setelah panggilan bersambung. Dia call semata-mata nak cakap tu je kat Adam. Manalah tahu Adam ada kuasa hilangkan stress dia. Tapi macam menambahkan stress. Haha.
"Hmm.." jawab Adam. Sebenarnya dia baru tersedar dari tidur. Digagahi jua angkat telefon bila nama Zarryn terpapar di dada skrin. Ingatkan ada masalah dunia sampai call dia. Rupanya nak cakap stress. Dia takda masalah pun kalau Zarryn nak call, tapi ni dah pukul 2 pagi!
"Adam kau dengar tak?" tanya Zarryn bila Adam tidak berkata apa-apa.
"Ya aku dengar Cik Zarryn.." kedengaran Adam membalas. Suara garau serak basah baru bangun tidur. Ah seksinya! Tak sia-sia aku call dapat dengar suara handsome. Zarryn tersenyum miang. Eh! Kau dah kenapa Zarryn?
"Kau kenapa tak tidur lagi ni?" tanya Adam yang pelik akan Zarryn yang tak tidur-tidur lagi sedangkan gadis itu cukup titik berat hal tidur ni.
"Aku tak boleh tidur la.. aku stress.." perlahan Zarryn menjawab. Timbul juga rasa bersalahnya kerana mengganggu lena Adam. "Teman aku.." pinta Zarryn dengan suara yang cukup perlahan. Adam diam sekejap.
"Okay.. kita face time," Kedengaran suara garau Adam menjawab seraya panggilan diputuskan dan setelah beberapa ketika, telefon Zarryn berdering minta di angkat. Sempat dibetulkan rambutnya lalu baring mengiring. Gebar juga ditarik hingga ke leher.
Bila panggilan video itu bersambung, kelihatan Adam juga dalam posisi sama sepertinya. Rambutnya berserabai pelbagai arah. Messy. Aww so handsome..
Eh Zarryn!
Mereka seakan baring menghadap satu sama lain sekarang ni dan hanya dihalang oleh bangunan.
"Okey, kau cakap kau stress kan? Meh dengar aku nyanyi. Konfem stress kau hilang,"
"Kalau kau nyanyi, bukan menghilangkan stress tapi menambahkan stress aku dengar suara katak kau tu" Zarryn mengusik sambil senyum.
"Ah dengar juga aku nyanyi." Adam mula bernyanyi perlahan. Cukup untuk Zarryn mendengar.
Zarryn dengar suara serak basah Adam yang menyanyi untuknya. Dia tersenyum dan tergelak kecil. Sedikit sebanyak tekanannya hilang melayan kerenah Adam.
Adam memang selalu ada untuknya...
_______________
Pintu pagar sekolah West Coast International School ditarik oleh pengawal sekolah. Pintu pagar sekolah dibuka hari tu setelah sebulan. Seawal tengahari lagi pelajar sudah berpusu-pusu masuk dalam sekolah sambil mengheret beg bagasi. Esok dah mula sekolah.
Back to school!
New semester, new environment.
Slogan yang selalu digunakan. Sekolah mereka yang diubah sedikit berlainan apabila setiap kali new semester bermula. Sengaja Tan Sri Fareez ingin memberikan semangat pada pelajar. Dorm Krypton yang dulu dicat dinding putih kini sudah bercorak mengikut tema seram kembali. Manakala dorm Neptune pula bertemakan galaksi dan berkaitan science fiction.
Mata pelajar mula melilau melihat segenap sudut dinding bangunan sekolah. Dinding bangunan dorm Excel bertemakan fancy manakala pesaing mereka iaitu Steeve, kekal mengikut tema royal. Bukan itu sahaja, beberapa kemudahan turut ditambah seperti hiasan pada taman sekolah, peralatan dalam gym dan paling penting suasana dalam kelas yang lebih selesa dan canggih.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️