BAB 38 (BABY)

298 35 5
                                    

Same date❤️
________________

Sebuah kereta Porsche meluncur laju atas jalan raya London

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebuah kereta Porsche meluncur laju atas jalan raya London. Kenderaan itu dipandu oleh Evans manakala disebelahnya Armel. Hari ini mereka berdua sahaja kerana Armel meminta menemaninya berjumpa seseorang.

Adam dengan Zarryn tidak dapat turut serta kerana Zarryn mahu mengulang kaji bersama Adam manakala Hayden dan Ayshalyn katanya mempunyai hal sendiri.

Hari itu adalah hari minggu. Jadi, mereka tiada apa-apa aktiviti berkaitan dengan sekolah untuk dilakukan. Sedar tak sedar sudah hampir sebulan mereka di bumi London. Tamatnya tempoh sebulan, berakhir juga tempoh mereka belajar di situ. How time flies..

Kenderaan itu meluncur laju hinggalah berhenti di destinasi. Evans dan Armel keluar dari perut kereta kemudian masuk ke sebuah bangunan yang megah tingginya. Entah milik siapa. Armel duduk di sofa di ruang menunggu. Evans katanya mahu membeli minuman. Kebetulan dalam bangunan itu ada cafe.

Armel tunduk sambil meneleku tapak tangan, bosan menunggu Evans kembali. Sesekali dia mengerling jam tangan kecil pada pergelangan tangan. Sudah 15 minit lelaki itu pergi ke cafe. Dia memanjang leher mana tahu dia nampak kelibat Evans yang datang kemari.

Tiba-tiba lehernya terasa dipaut kuat oleh seseorang dari belakang. Seperti menariknya ke dalam pelukan. Armel berpaling. Dia tersenyum melihat gerangan yang memeluk lehernya erat itu. Muncul pun!

***

"Thank you and please drop by again next time," ucap seorang cashier pada Evans seraya tersenyum. Evans hanya mengangguk dan membalas senyuman. Cawan kertas yang berisi Hot Americano diambil oleh Evans kemudian dia menyusun langkah menuju ke arah Armel.

Dia tahu dia tinggalkan Armel agak lama di situ. Bila dia sampai di ruang menunggu di mana Armel berada, kaki berhenti melangkah.

matanya tertancap pada tubuh seorang lelaki berkot hitam sedang tunduk hadapan Armel. Mereka kelihatan mesra bila lelaki itu memeluk Armel.

Cawan digenggam erat cengkaman jemari. Anak matanya melihat pipi Armel dicekup manja oleh lelaki itu. Perasaan marah dalam diri seakan-akan menggelegak tak tahu kenapa apabila melihat keadaan Armel begitu.

Laju dia melangkah, ikutkan hati mahu saja dia mencurah air dalam bekas minuman ini atas kepala lelaki itu.

"Makin kurus eh, mana pipi chubby dulu," kata lelaki itu kemudian dia menarik hidung Armel. Tangan Armel pula tergapai-gapai mahu menarik rambut lelaki itu, namun apakan daya. Diakan smurf. Mana sampai.

"Hei!" lelaki itu memaling muka apabila ditegur seseorang. Tanpa diduga pipinya dihadiahi tumbukan kencang dari Evans. Jatuh terduduk dibuatnya. Automatik matanya terbuntang terperajat. Entah mamat mana tiba-tiba tumbuk.

Armel juga terbeliak mata mulutnya sedikit ternganga akan reaksi Evans. Dia bersilih ganti memandang Evans dan lelaki itu. Sungguh Evans nampak termengah-megah menahan marah. Mukanya cukup ketat saat itu. Sudah!

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now