Happy reading and thank you once again ❤️
2 8 / 0 4 / 2 0
___________________
Cafe,
Hujan mula turun membasahi bumi dan deretan kedai. Air coklat yang dipesan 10 minit lalu hanya dipandang sepi. Diluar kafe, kelihatan orang ramai berjalan-jalan sambil menggunakan payung.
"Haih," keluh Zarryn. Sumpah dia buntu! Kenapa harus dia?
Adam.
Ya. Itu nama si bedebah tu. Lelaki itu yang kerap mencari pasal dengannya. Selalu membuatkan dia rasa nak swing je kepala mamat tak cukup zat tu. Sekarang ni nama lelaki itu juga yang membuat dia sakit kepala dan wajah itu bermain dimindanya. Kenapa? Kejadian 20 minit yang lalu mula ligat berputar diminda bagai pita lama yang rosak.
_________________
Meeting Room.
"Apa?" spontan tapak tangan dihentak kuat pada permukaan meja. Matanya mengecil merenung tajam anak mata Evans. Geram dengan sikap lelaki tersebut.
Semua pelajar council terkejut apatah lagi melihat naib pengerusi council sedang mengamuk tidak berpuas hati. Hanya Evans sahaja tiada reaksi perubahan.
"Kau boleh minta aku tunggu kucing bertelur ke, cuci longkang selama sebulan, tengok ikan paus terbang. Tapi kalau nak ubah perangai budak kepala lipas itu, I'm sorry, it is too much pressure for me," Zarryn mula melenting tanda protes. Nafasnya sedikit kuat menahan marah. Semua pelajar disitu boleh dengar dan sebahagian pelajar berhampirannya mula menjarakkan kerusi sedikit dari Zarryn.
"Kau boleh tak lakukan arahan ini tanpa bantahan? Lagipun kau kan top student, takkan nak ajar budak Adam tu pun susah?" tanya Evans dengan tenang. Langsung tiada mimik muka bersalah atau tidak gentar menghadap wajah Zarryn sekarang.
"Masalahnya kenapa aku juga kena? Kenapa tak kau je?" Tanya Zarryn masih tidak puas hati sambil memeluk tubuh.
"Dah bapak dia minta kau, nak buat macam mana lagi?" President council membalas dengan selamba mengukir senyuman manakala Zarryn mengerut dahi tidak mengerti. Tidak lama itu, Evans membuka mulut menjelaskan apa yang terjadi sebelum Zarryn sampai.
"Zarryn..I trust you, and please be patient with him," kata Evans memberikan senyuman, anak matanya tertumpu pada Zarryn yang masih terlopong dari tadi. Mungkin tidak dapat terima hakikat yang dia harus mengubah perangai Adam iaitu pelajar nakal paling banyak masalah disekolah juga anak pemilik sekolah tu.
"Give me time to think," jawab Zarryn memberi kata putus. Evans hanya sekadar mengangguk kepala tidak mahu terus memaksa gadis itu.
_______________
Baru sahaja air mahu diminum tiba tiba kedengaran bunyi deringan dari telefonnya. Lekas dia menjawab panggilan tanpa membaca nama pemanggil itu.
''Hell- "
"Kau dekat mana hah?" lantang suara perempuan bersuara sebaik sahaja panggilan bersambung. Zarryn terkejut. Segera dia menjarakkan telefon dari telinga. Mahu pecah gegendang telinga mendengar suara Ayshalyn Emane.
"Woi perlahan sikit suara kau tu," kata Zarryn. Si Ayshalyn ni kecik-kecik tertelan speaker ke.
"Ah tak kesah lah. Datang la cepat." kata Ayshalyn. Suaranya tidak lagi seperti tadi namun masih kedengaran tegas. Zarryn diam seketika, hanya kedengaran suara membebel Ayshalyn di hujung corong telefon.
"Mana?" Tanya Zarryn blur. Lama kelamaan dia seperti teringat sesuatu.
"MasyaAllah. Airportlah!"
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️