0 3 / 0 5 / 2 0❤️
______________________"Abang, " bahu suaminya digoncang sedikit sebaik sahaja muncul didapur. Datuk Haruz menoleh kearah isterinya dengan penuh tanda tanya.
"Kenapa?" tanya Datuk Haruz sambil membuka pintu peti sejuk mengeluarkan jag air namun tiba-tiba tanganya ditarik oleh Datin Saleha kearah meja makan. Mahu terlepas jag yang dipegang mujur Datuk Haruz lebih cekap memegangnya.
"Abang sini jap,"
"Awak ini bukannya budak lagi, nak main tarik tangan pun." kata Datuk Haruz melabuh punggung dikerusi.
Terus bahu kanan dipukul lembut oleh Datin Saleha yang duduk dihadapannya.
"Eish, abang ni! Saya ni risau tau. Betul ke yang keputusan mak tu? Nak bawa Hayden stay dengan dia?" tanyanya risau.
Selang beberapa minit, telinga Datin Saleha menangkap bunyi orang menyanyi girang berserta bunyi air pancuran dari bilik air di dapur. Pasti Hayden sedang membersihkan diri. Entah mimpi apa mandi kat dapur.
"Hah awak tengok tu, perangai anak awak." kata Datin Saleha menyalahkan suaminya. Kening Datuk Haruz bertaut sambil dia menggeleng kepala hairan tiba-tiba dia dipersalahkan.
"Saya pula kena. Tapi okey juga keputusan mak itu. InsyaAllah perangai Vip Hayden boleh hilang la sikit." jawab Datuk Haruz. Satu senyuman dibibir lelaki berkumis itu.
Datin Saleha mengeluh, "Okeylah, kalau itu terbaik " katanya bersetuju dengan pendapat ibu mentuanya itu. Nafas panjang dilepas sambil dia berteleku diatas meja makan. Fikiran masih memikirkan nasib anak tunggalnya.
'Tapi, Boleh ke mak ubah perangai anak aku ni?' detik Datin Saleha dalam hati.
Air pancuran bertukar bunyi pintu bilik dibuka. Hayden mengelap rambutnya yang basah dengan kain tuala. Tersengih sekejap kepada kedua orang tuanya yang berada di dapur lalu melangkah ke arah biliknya.
Baju didalam almari dibelek belek, baju t biasa dipakai. Dia menyikat rambut dan merenung wajahnya agak lucu. Dilekat plaster pada luka dan sebelah matanya sedikit lebam. Muka putih tapi hitam kat mata. Songkok diatas meja turut dicapai.
"Patutlah kau kena pindah sekolah Hayden.." dia keluar dari bilik, hatinya tertanya tanya dimana Hajah Kamsah sekarang. Didapur tiada, diruang tamu hanya umi yang sedang melayan drama melayu di tv3 manakala abah yang bersongkok meneman umie sambil menunggu waktu magrib masuk untuk keluar ke masjid.
Tapi susuk tubuh nenek tidak kelihatan. Takkan masih di bilik bacaan waktu bergini. Kaki diatur ke arah bilik hujung dimana bilik Hajah Kamsah berada. Tombol pintu dipulas, ya betul memang Hajah Kamsah disitu sedang membaca al-Quran diatas sejadah. Nenek baik cucu raja syaitan.
"Fuh kau boleh buat Hayden!" kata Hayden membetulkan rambut dan menyarung songkok dikepala. Salam suci diucapkan sebelum daun pintu dikuak pelahan, dia menyusun langkah mendekati Hajah Kamsah.
"Nenek.. " panggilnya dengan lembut. Dia melabuh punggung duduk disofa berhampiran neneknya. Hayden memulakan misi memujuk nenek mengubah niat agar tidak ditukar sekolah. Hajah Kamsah tidak membalas, kusyuk membaca Quran campur malas mahu melayan kerenah cucunya itu.
Hayden menjuih bibir, sedar diri dipalau dengan nenek sendiri pedih dihati. Telefon didalam poket seluar diambil. Kepalanya disandar pada sofa berhampiran neneknya.
Telefon dipegang dan diangkat tinggi mengadap ke muka manakala tangannya lincah menaip sesuatu, pada masa yang sama Hajah Kamsah yang berasa terganggu sempat menjeling mata memerhati kelakuan Hayden. Bacaan terhenti seketika, muslihat apa lagi cucunya lakukan?
"Kamu buat apa Hayden?"
"Tengah reply chat kawan ni. Diorang ajak jumpa, ya lah kan orang tu suruh kita pindah sekolah." kata Hayden nadanya kedengaran seperti orang merajuk. Suaranya lemah bagai menanggung beban yang berat untuk dilepaskan.
Hajah Kamsah senyum. Senyumannya dengan penuh maksud tersirat yang tidak dapat ditafsir termasuk cucunya sendiri.
"We need to leave tomorrow, so you better pack your things now, Hayden." ujar Hajah Kamsah kali ini nadanya berbaur serius.
Puk!
Aduh.. Telefon yang dipegangnya jatuh kemuka tanpa dipinta. Sepantas kilat dia menoleh kearah Hajah Kamsah dengan riak wajah meminta penjelasan.
"Apa?!" spontan mulutnya berkata. Hayden sentap.
"Paiking saamaan ab haiden, ham kal chhodana chaahate hain.. " laju Hajah Kamsah berkata. Hayden tercengang. Apa benda nenek aku cakap ni?
"Kena cakap bahasa tamil ke baru faham? Dah pergi kemas sekarang awal esok pagi kena bertolak dah." jelas Hajah Kamsah. Dia melipat sejadah kemudian Quran diletakkan dia atas katil sebelum dia bingkas bangun menuju ke dapur. Sempat lagi dia menoleh ke arah cucunya yang masih terpinga-pinga.
"Tapi nek, Hayden tak ambil surat lagi dekat office. Mana boleh keluar macam tu je." Protes Hayden lekas dia bangun mengekori neneknya dengan rasa tidak puas hati.
"Siapa cakap tak boleh?" Hajah Kamsah menjeling cucunya. "Nenek dah buat semua tu sebelum nenek pergi dekat kamu yang tengah bergusti tu," sambung neneknya yang masih lagi menjeling.
Hayden tergamam. Tidak tahu untuk cakap apa lagi. Hanya melihat neneknya yang melangkah. Argh!
__________________
4 hari.
Ya. Sudah 4 hari Hayden di Kuala Lumpur dan dia masih tidak bersekolah lagi kerana procedure untuk kemasukannya ke sekolah baru itu. Neneknya bagitahu bahawa esok baru dia akan masuk.
West Coast International School.
Itu adalah nama sekolah barunya. Dia sempat mencari maklumat tentang sekolah tersebut. Typical sekolah International. Cuma yang berbeza adalah pelajar diwajibkan untuk tinggal di asrama sekolah itu. Ya, asrama. Itu yang membuatkan dia lagi bengang. Tapi, ada baiknya juga. Tak perlulah dia nak dengar bebelan nenek kesayangan hari-hari. Haha.
Hayden bangun menuju ke biliknya untuk mengemas apa yang patut untuk dibawa bersama esok.
Sekolah baru, kawan baru. Apa yang dia harap adalah, dia akan selesa di situ. Sigh..
____________________
To Be Continued...
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️