BAB 19 (BIRTHDAY )

295 42 8
                                    

1 5 / 0 5 / 2 0 ❤️
__________________

Sebuah bilik suram tanpa cahaya yang menebusi masuk. Langsir yang tebal dalam bilik menjadikan bilik itu semakin gelap. Bunyi derapan kaki sepertinya seseorang sedang mendaki anak tangga. Semakin lama semakin kuat, derapan kaki itu seakan-akan menuju ke sebuah bilik.

Kriekk..

Keriuk daripada daun pintu yang dikuak dari luar, seseorang masuk dalam bilik suram itu. Tangan kanannya memegang erat botol air mineral. Dengan langkah perlahan-lahan dia mendekati katil. Dalam keadaaan samar-samar, bebola matanya melihat sekujur tubuh yang sedang lena diulit mimpi. Tubuhnya diselimut dengan selimut yang tebal.

Dia tersengih, sepertinya rancangannya akan berjaya. Dia kini berada bucu katil, betul-betul mengadap muka yang sedang tidur. Dia menarik nafas panjang dan...

"MORNING!!" laungnya kuat. Selimut yang menyelimut tubuh itu diselak. Air dalam botol itu dipercik pada wajah orang yang sedang tidur itu. Terpisat-pisat orang itu bangun mengejut, dia meraba-raba meja katil mencari suis lampu katil.

"APA YANG KAU BUAT NI!" Marah Ayshalyn. Lampu meja sudah dibuka menerangi bilik tidur. Dalam samar-samar dia melihat adiknya, Zed sudah ketawa terkekeh-kekeh.

"Mummy mintak kejutkan la! Yang akak tidur macam sleepy beauty kenapa? Dah macam kena sumpahan. Tidur sepanjang hari. Dah pukul 11 pagi ni," kata Zed. Ayshalyn mula sebal dengan perangai adiknya itu. Pantang betul kalau dia balik rumah bila cuti, ada la idea ligat bergerak nak kenakan kakaknya itu.

"Dah berambus! Get out of my room!" Ayshalyn menghempuk badan Zed dengan bantal. Terpekik-pekik macam anak dara, adiknya itu mengadu sakit. Terkial kial dia lari keluar dari bilik Ayshalyn. Aman dunia! dengus Aysyalyn sambil meraup muka yang basah dek percikkan air.

Ayshalyn turun dari katil, menyelak kain langsir tebal. Sinaran matahari menerpa masuk ke dalam bilik, membuatkan mata Ayshalyn sepet. Dia menghalang sinaran itu dengan tapak tangan. Memang lambat betul dia bangun ni. Ini mesti kes dia tengok cerita lewat malam.

"Mummy! Kak Aysh tak bangun lagi!" Jerit Zed sengaja cari gaduh. Ayshalyn ambil bantal atas katil, nampak saja kelibat adiknya cuba melarikan diri. Terlebih dahulu dia membaling tepat pada sasaran mengenai kepala Zed.

"Adoi!" Adu Zed sambung berlari turun tangga. Dari atas, dia dengar Puan Sri Muzifah sedang membebel. Mak mana tak membebel kalau anak daranya bangun lambat. Ayshalyn berjalan dengan pakaian pijama warna ungu turun ke dapur.

Matanya meliar mencari kelibat Zed. Pandai dia menyorok. Ayshalyn lihat ibunya sedang membasuh pinggan di dapur.

"Morning mummy," ucap Ayshalyn seraya melabuh pungung. Dia mencapai buah epal yang dalam bakul atas meja.

"Nak dekat tengah hari baru bangun," perli Puan Sri Muzifah masih membasuh pinggan. Ayshalyn sengih, dia mengigit buah epal itu. Usai saja baru pinggan, Puan Sri Muzifah menoleh arah Ayshalyn yang sedang mengunyah buah epal.

"Kenapa tak basuh buah epal ni? Dah la bakul ni jatuh semalam. Mummy tak basuh lagi," dengar saja mamanya berkata bergitu, terus Asyalyn berlari ke sinki meludah isi epal yang dia kunyah. Dia berkumur-kumur dengan air. Puan Muzifah mengeleng kepala.

"Kamu nak sarapan dulu ke?" tanya mummynya ingin menyediakan sarapan pagi untuk puteri kesayangan.

"Takpe la Aysh nak mandi dulu," kata Ayshalyn mahu mendaki tangga.

"Mummy! Tandas Zed tersumbat lagi!" dengar saja suara Zed berkata begitu, cepat-cepat Ayshalyn menapak masuk dalam biliknya.

Sampai saja hujung tangga, dia nampak Zed dari arah bertentangan. Adiknya itu membawa kain tuala. Mata mereka bertembung satu sama lain. Bagaikan satu renjatan elektrik antara renungan mata adik beradik itu.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now