Same date❤️
_______________Pagi itu seperti yang dirancang dalam jadual. Enam pelajar WCIS yang menyertai kempen akhlak tunggu di pintu pagar sekolah. Sepatutnya bas sampai 10 minit lalu, tapi enjin bas sampai sekarang tak dengar-dengar. Mesti driver bas itu melayu sejati.
Zarryn yang duduk bercangkung kerana penat sambil menyemak akaun laman sekolah melalui telefon.
SIX KNIGHTS INVOLVED IN MORAL CAMP! AND FOR THE FIRST TIME, LEADER AND ASSITANT LEADER ALSO PARTICIPATED!
Terus Zarryn menjeling Adam bila baca artikel dalam laman social sekolah. Ini semua salah mamat tu! Tak pernah ada sejarah ketua dan penolong ketua pelajar masuk kem akhlak! Kem akhlak tahu tak?!
Adam yang berdiri sambil menyepak batu kecil terasa direnung menoleh pada Zarryn. Dia menjuihkan mulut membalas jelingan maut Zarryn. Dah kenapa, nak gaduh ke?
Sebuah kenderaan berat pacuan 4 roda tiba di sekolah WCIS. Mereka berenam pandang je bas sekolah warna kuning dengan aircond semula jadi. Hah gempak lah, tempat kem bukan dekat. Aku rasa semua macam sosej panggang.
Yang paling menyebabkan mereka berenam tak selesa, bila pelajar sekolah lain yang sudah ada di dalam bas duk mengendeng tepi tingkap terjenguk-jenguk luar tingkap. Dah macam keluar dari gua, tak pernah tengok orang ke?
Pintu bas terbuka luas, Adam bergegas naik dengan beg galas senderhana.
"Eh, ladies first," Zarryn menarik baju Adam sebelum lelaki itu naik bas. Adam pandang muka zarryn tak puas hati lalu pasrah dia mengundur langkah. Zarryn pula balas dengan jelir lindah, selamba je dia naik bas dulu as first person.
Lepas Zarryn naik, cepat-cepat Adam naik. Nampak tempat kosong tepi tingkap terus dia duduk. Yes! Dapat juga tempat dia nak.
Kemudian Evans dan Hayden naik. Nampak saja muka Evans yang baru naik atas bas seperti mencari tempat duduk, cepat-cepat Adam tarik lengan lelaki itu duduk sekali. Biar je Hayden duduk belakang seorang. Maklum la seat bas ni dua seat je. Say bye Hayden!
Zarryn pula duduk sebelah Armel. Hayden duduk belakang dengan seat sebelah masih kosong. Aysyalyn sebagai orang terakhir naik.
Semua penumpang pandang dia, Ayshalyn pura-pura tak nampak. Dia betulkan topi tersarung atas kepala dan duduk pada kerusi kosong. Seat Ayshalyn dan Hayden masing-masing sebelah kosong. Takkan nak duduk sekali kan.
Tempat kem diadakan pada kawasan berbukit. Bersesuaian dengan aktiviti yang bakal mereka jalankan. Aktiviti apa pun diorang tak tahu, tak dapat lagi jadual.
Setelah hampir sejam perjalanan, bas itu singgah pada sekolah yang terakhir untuk peserta kem. Armel jenguk luar tingkap, beberapa orang naik. Semuanya lelaki.
Ayshalyn sedang menukar lagu dalam aplikasi spofity. Dia dengar lagu melalui airpod terbantut bila nampak dua kaki berdiri hadapannya. Dia angkat muka, seorang lelaki bertubuh gempal. Dia mengerling tempat duduk kosong sebelah Ayshalyn. Sudah!
Bukan Ayshalyn tak suka, tapi dia rasa tidak selesa. Nak buat macam ni? Arhh pura-pura tidur. Cepat dia tutup mata. Nasib baik seat sebelah dia jadikan 'cabinet' sebagai tempat letak beg sandang. Jadi mungkin lelaki itu akan beredar dan cari tempat lain.
Tapi terasa tempat duduk disebelahnya diduduk seseorang. Mungkin lelaki itu betul-betul mengambil tempat sebelah Ayshalyn. Kalau betul mamat tadi memang tak selesa la.
Perlahan-lahan Ayshalyn buka mata bila rasa seseorang duduk sebelahnya, namun jangkaan Ayshalyn salah. Kerana lelaki yang disangka Ayshalyn tadi duduk seat lain manakala yang disebelahnya ialah Hayden. Si mamat berkaca mata.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️