BAB 63 (BASKETBALL)

312 27 18
                                    


0 9 / 1 2 / 2 0❤️
________________

Adam hanya berdiri di pagar dorm untuk menunggu Zarryn turun pada pagi itu. Sangat tidak adil baginya untuk putuskan hubungan tanpa dia tahu apa punca dan masalahnya. Lenanya pun terganggu bila memikirkan hal ini.

Adam berpaling ketika terdengar seperti suara Armel. Pasti mereka dah turun. Tapi yang kelihatan hanya Armel dan Ayshalyn saja yang berjalan keluar. Adam terus melangkah ke arah mereka.

"Zarryn mana?" soal Adam terus sambil kepala tertoleh sana sini mencari Zarryn.

Ayshalyn sudah menjeling Adam di depannya itu. Sakit hati.

"Dia balik rumah semalam. Dia tak sihat," balas Armel masih baik. Armel tak tahu kenapa macam susah untuk percaya Adam sanggup berbuat demikian. Kerana dia tahu walaupun hubungan Zarryn dan Adam selama ini bagai anjing dan kucing, tapi mereka tetap ambil berat terhadap satu sama lain.

"Balik?" tanya Adam lagi inginkan kepastian. Armel hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Eh dahlah Adam. Kau tak payah lah nak berlakon caring sangat dekat Zarryn. Kau buat apa ha dekat dia semalam sampai dia menangis macam tu sekali?" Ayshalyn dah tak boleh tahan untuk memarahi Adam. Dari semalam dia tahan.

"Aku tak tahu kenapa korang jadi macam ni dengan aku tapi aku nak korang tahu yang aku tak akan buat benda bodoh lagi-lagi melibatkan Zarryn." balas Adam tegas. Dia dapat rasakan memang ada sesuatu terjadi yang dia tak tahu dan Zarryn tidak memberitahunya.

"Hey, kenapa ni?" soal Evans yang turun dari tangga bersama Hayden. Dari atas lagi dia dengar ada suara bertelingkah dan macam suara Adam. Pelik bila dia turun nampak situasi tegang Adam dengan Ayshalyn dan Armel.

"Tak ada apa. Jom Armel, dah lambat." balas Ayshalyn lalu melangkah sambil mengheret Armel bersama. Armel hanya mengikut dengan berat. Baru je nak jalan dengan buah hati. Ish.

______________

Adam tunduk mengikat tali kasut sebelum memulakan latihan. Hari ini, dari pagi lagi coach arahkan pasukannya memulakan latihan memandangkan esok pertandingan sudah berlangsung. Segala pergerakan seharusnya diperkemaskan.

Dipandang pula telefon yang bercahaya. Nama Zarryn terpapar di dada skrin. Dari tadi dia menelefon Zarryn tapi hanya disambut dengan suara tak sedap operator.

Hah Zarryn Lydia, please.

Diletakkan semula telefon ke dalam beg dan seperti biasa sebelum memulakan latihan, dia akan melakukan senaman ringan terlebih dahulu. Terdapat juga beberapa ahli pasukannya turut melakukan senaman berdekatannya.

"Oi bro, get back huh?" soal salah seorang ahli pasukan basketball, Naufal pada Adam.

Terus Adam berpaling sambil mengerutkan dahi.

"Get back apa?" tanya Adam hairan.

"Hai bukan Lieya ada post dia teman kau training ke semalam? Takkan kau tak tahu kut. Teman my boo gitu," usik Naufal sambil sengih.

Adam dah berhenti bersenam apabila mendengar apa yang dikata Naufal. Jantung dah mula lakukan senaman tanpa diminta. Kencang berdegup.

Adakah ini sebabnya Zarryn dingin dengannya?

"Kau biar betul, Fal? Mana aku nak tengok." pinta Adam. Segera Naufal mengambil telefon di dalam beg sukannya.

Mata tajam melihat apa yang terpapar di dada skrin sambil tangan kuat digenggam.

"Shit!" terus Adam ambil telefonnya di dalam beg dan berlari keluar dari gym. Panggilan Naufal dan beberapa rakannya juga tidak dihiraukan.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now