Same date ❤️
____________________TING!
Bagaikan deja vu. Suasana ini kembali terjadi. Cuma tempat yang berbeza dan lawan yang berbeza.
Bunyi loceng menandakan pertandingan bermula, semua pelajar focus akan dua lelaki dalam gelangang itu. Tanpa melengahkan masa lagi, satu tumbukan padu cuba dihayunkan kepada Hayden. Mujur dia sempat mengelak dengan pantas. Kemudian satu lagi tumbukan cuba dilayangkan kearah pipi Hayden, nasib baik lagi, Hayden lincah mengelak membuatkan Haikal bengang.
Satu persatu tumbukan cuba menumbuk Hayden, namun Hayden cekap mengelak daripada ditumbuk. Setakat ini hanya Haiqal saja menumbuk.
Pesaingnya itu sekadar mengelak dan menahan diri. Langsung tidak membalas. Hingga la satu masa, Hayden terlepas pandang. Satu tumbukan kencang akhirnya mengena pada perut Hayden.
Terundur ke belakang dibuatnya. Perutnya amat terasa perit, belum sempat dia bertindak, Haiqal tidak henti menyerang. Satu tumbukan mengena wajah Hayden, semakin kuat sorakan pelajar bersorak lagi-lagi dari pelajar Excell sendiri.
Zarryn memegang erat jari jemarinya, dia masih berharap kemenangan. Peluang untuk Steeve menang bergantung pada boxing. Maklum lah sejak dulu lagi mereka kalah kerana tiada peserta boxing yang handal. Dorm Excell selalu menang tipis kerana boxing saja. Kenapa la game boxing ni wujud. Urgh!
Pada masa sama, Ayshalyn yang sedang mendengar percakapan coachnya yang dari tadi tak henti henti bercakap. Sempat dia mengerling jam pada pengelangan tangan. Memang kali ini dia sudah lambat, pintu gelangang pun sudah tertutup rapat. Game pun dah mula.
"Ayshalyn awak dengar tak ni?" tanya coach menyedari gadis itu tidak memberi tumpuan.
"Coach.. sambung kejap lagi boleh. saya dah janji nak tengok boxing. Sebab dah lewat ni," ujar Ayshalyn walaupun dia teragak-agak untuk meminta izin.
"Lah kenapa tak bagitahu awal-awal. Saya ingatkan awak tak tengok boxing. Anyway, congrats win this time. Saya dah agak dari awal lagi, awal mesti menang punya. Siap rekod masa baru lagi," puji Coachnya, Ayshalyn memecahkan rekodnya masa bertanding. Lebih awal dari sebelumnya.
"Thankyou coach.. saya pergi dulu," Pantas saja dia berlari secepat yang mungkin.
Bunyi derapan kaki jelas kuat kedengaran dari tapak kaki Ayshalyn dan berlari menurun anak tangga. Sampai mahu terlanggar penghadang tembok bangunan dibuatnya, laju dia memecut.
Tiba di selekoh, dia nampak Adam yang sedang memecut juga. Gayanya hanya mereka berdua sedang berlari arah gelangang.
"Woi Adam! Tunggu aku!"
Pantas dia mengejar Adam dari belakang apabila lelaki itu berpaling ke arahnya.
***
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️