BAB 43 (REASON)

266 37 13
                                    

Same date❤️
______________________

Sebuah kereta berhenti di hadapan pintu pagar sebuah rumah yang tersergam megah. Armel dengan cermin mata hitam menanggalkan tali pingang. Beg tangan digapai kemudian dia mencari telefon. Dia mahu menelefon seseorang.

Bunyi deringan telefon mengejutkan sekujur tubuh yang terlentang atas katil. Dengan selimut yang terlurut ke bawah. Nampak sangat rimas katil tu.

Beberapa kali bunyi deringan telefon cuba mengejutkan manusia terbaring atas katil tu. Perlahan-lahan tangan meraba meja mencari telefon.

"Hello?" jawabnya dengan suara serak basah. Masih dalam keadaan mamai.

"Hello Evans, kau dekat mana sekarang?"

Telinga disapa dengan suara Armel dari hujung telefon. Sempat Evans melihat sepintas lalu pemanggil, memang betul Armel menelefonya. Dia kembali memejam mata. Mahu menyambung tidur.

"Dekat rumah la.." balasnya dengan suara perlahan. Dia masih mengantuk tika itu.

"Evans.. can we meet?" tanya Armel perlahan.

"Malas la, aku ada banyak kerja kena buat." dalih Evans. Walaupun dia juga mahu berjumpa gadis itu, tapi hatinya tetap berkeras. Dia tidak mahu hatinya terus jatuh. Tolonglah.

"Please? I need to talk to you.." pinta Armel.

Evans menyandarkan badan dan kepala di kepala katil. Mata turut terpejam. Dilema. Dia kalau boleh, sedaya upaya mahu mengurangkan perjumpaan antaranya dan Armel.

"Evans? Please.. sekejap je.." pinta Armel lagi.

"Okey.." Evans akhirnya mengalah. Dia tak sampai hati bila dengar suara Armel begitu. Rapuh.

"Aku dah ada depan rumah kau," kata Armel. Gembira sikit bila Evans sudi berjumpa dengannya.

Automatik Evans membuka mata bila dengar Armel cakap depan rumah.

"Kau biar betul?" Evans tidak percaya.

"Ya betul la, ni bibik kau dah tolong bukakan pintu." Armel tercegat depan pintu. Sempat dia menghadiahi senyuman mesra pada bibik Evans sebelum melangkah masuk dalam rumah lelaki itu.

Belum sempat Evans membalas, talian telefon diputuskan Armel. Terus dia bangkit dari baringan melangkah ke arah cermin yang ditutup langsir. Kain langsir diselak kuat, dia menjenguk sedikit mahu mempastikan bahawa Armel tidak membohonginya. Memang betul kata Armel, dia memang berada di rumah Evans sekarang. Buktinya kereta audi gadis itu berada di luar pagar.

Kalut Evans berlari turun dari bilik menuju ke bawah. Baru beberapa langkah dia turun, dia bergegas masuk bilik Kembali menuju ke tandas. Dia meraup muka dengan air kemudian berkumur dengan ubat pencuci mulut. Tak adalah nanti orang kata dia baru bangun.

Laju Evans menuruni anak tangga. Apabila sampai hujung tangga, dia memberhentikan langkah membetulkan posisi badan yang hampir tersungkur ke depan akibat laju sangat. Sempat dia cuba mengawal reaksi muka. Dari jauh dia dah nampak Armel yang sedang bersembang dengan mamanya di ruang tamu. Siap minum lagi. Express betul mama buatkan air.

Dia dengar Armel tengah gelak-gelak dengan mamanya sampai tidak sedari kehadirannya disitu. Evans berdehem, baru mereka berhenti berbual.

"Eh Evans, baru turun. Semalam dia tidur lambat. Auntie tengok duk termenung kat kolam tu.. " ujar mama seraya senyum pada Armel. Evans dah terjenggil sedikit mata tidak mahu mamanya membuka cerita pasal semalam.

"Kau buat apa dekat sini?" tanyanya cuba alih topik. Karang kantoi yang dia tengah sendu teringat dekat Armel semalam. Malu dia.

"Mama pergi ambik makanan breakfast kejap ya." Mama Evans mempamit diri ke dapur basah.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now