Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin❤️🎉
2 4 / 0 5 / 2 0 💕
__________________Selepas peperiksaan semester 1 berakhir, mereka semua akhirnya bercuti sebentar selama sebulan sebelum memulakan semester kedua nanti.
Peperiksaan mereka kali ini juga akan menentukan siapa yang layak untuk menyertai program pertukaran pelajar antarabangsa di London selama sebulan nanti. Hanya pelajar yang berada di ranking 10 teratas akan dipilih.
Pada cuti ini, keluarga Ayshalyn tidak lepaskan peluang untuk balik ke kampung. Ibu bapa Ayshalyn sedaya upaya mencari ruang dan masa untuk balik ke kampung. Nanti masing-masing dah sekolah, memang susah untuk balik.
Perlahan-lahan Ayshalyn angkat selak pintu jendala kayu. Kemudian jendela terbuka luas, Ayshalyn memandang sekelilingi kampung neneknya Hajah Sarimah.
Sawah padi yang menjadi permandangan kawasan rumah kayu neneknya ditenung lama. Sesekali dia menarik nafas, jiwanya tenang melihat keindahan itu.
Ayshalyn balik kampung selama seminggu ke rumah neneknya sempena cuti selepas selesai exam semester pertama. Cutinya juga agak panjang, jadi ayahnya Tan Sri Khalid bercadang mahu bercuti di kampung.
"Assalamualaikum!"
Kedengaran seperti seseorang memberi salam. Hajah Sarimah berhenti membuat kerja seketika di dapur. Dia naik ke atas dan membuka pintu.
Wajahnya kelihatan ceria apabila melihat satu sekeluarga lagi pulang ke kampung. Pakcik Adnan, anak kedua dalam keluarga Hajah Sarimah turut mengambil kesempatan pulang ke kampung.
"La Nan, kenapa tak bagitahu nak balik. Masuk-masuk," jemput Hajah Sarimah. Mereka sekeluarga menyalam orang tua itu kemudian anak-anak pakcik Adnan mengangkut barang keluar dari kereta. Walaupun keluarga pakcik Adnan tinggal di Johor juga, tapi mereka stay di bandar. Mereka juga sibuk dengan kerja masing-masing.
"Uit, Salina,"
Tegur seseorang. Salina yang merupakan sepupu sebaya dengan Ayshalyn tertoleh ke kiri dan kanan. Mencari empunya suara. Dimana? Dia mengangkat wajah pada jendela yang terbuka luas.
Kelihatan Ayshalyn bertenggek dekat jendela sambil melirik senyuman. Dia turut melambai tangan pada Salina.
Nampak gaya rumah Hajah Sarimah meriah minggu ini akan kepulangan anak cucunya.
"Kau apa khabar sekarang?" tanya Salina seraya menarik beg bagasi dalam bilik. Dia memandang Ayshalyn yang sudah terlentang atas katil.
"Aku baik je, tak ada benda menarik pun nak share," kata Ayshalyn dengan gaya malas baring atas katil. Salina mengantung tudung pada penyakut, dia duduk sebelah Ayshalyn.
"Eh, aku nak tanya kau ada plan apa-apa tak esok?" tanya Salina duduk bersila mengadap Ayshalyn.
"Tak ada," jawab Ayshalyn dengan malas. Salina menjuih bibir, baru jumpa dah nampak malas. Dia cubit peha Ayshalyn bagi tenaga itu kembali. Terpekik gadis itu menahan sakit, automatik dia bangun duduk.
"Takda.. aku takde plan lagi setakat ni," jawab Ayshalyn sambil mengosok peha. Salina tersengih nakal.
"Weh shopping jom," ajak Salina.
"On je. Tapi belanja aku makan," Ayshalyn membuat penjanjian dengan Salina. Dia kembali terlentang siap tangan didepakan lagi.
"Ish, sikit-sikit belanja. Okey la," jawab Salina mengalah, terpaksa la dia belanja gadis itu.
"Serious ni?" tanya Ayshalyn teruja. Dia bangun dari baringan. Jimat duit poket dia kali ini. Si Salina ni bukan orang susah mana pun, Setakat makan celah gigi dia je. Orang kaya katakan.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️