BAB 66 ( FAREWELL )

158 16 0
                                    

14/8/2021❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

14/8/2021❤

Sebuah lapangan terbang yang kini dipenuhi oleh pelancong mahupun warga negera sendiri. suasana bising daripada riuh perbualan dan beg bagasi seakan menguasai tempat itu. Sesekali kedengaran pengumuman untuk pemberitahuan info penjalanan kapal terbang dari semasa ke semasa.

Seorang gadis berpakaian rapi berserta beg bagasi disebelah membalas pelukan orang tua. Pelukan yang sangat erat sebagai pengubat rindu untuk beberapa tahun berpisah nanti.

"Zarryn, Jangan tinggal solat. jangan lupa breakfast, jaga kesihatan. Ingat pesan mama" Pesan mama Zarryn dengan lembut sambil meleraikan pelukan. Kedua belah tangan memegang pipi anaknya. Wajah yang bakal dirindui itu ditatap seketika dengan penuh kasih sayang.

Zarryn tersenyum, pelahan dia mengangguk. Dia turut mengusap sebelah pipi ibu kandungnya itu. dia mengaku sebuah perpisahan itu amat berat, namun ini hanya untuk sementara.

"Thankyou ma, doakan Zarryn dekat sana" Pinta Zarryn memohon ibunya berdoa akan keselamatan di negara orang. hari ini dia dan Evans akan berangkat ke negara London untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Kenapa dengan Evans? lelaki itu turut memilih kos pengajian yang bertempat di negara yang sama. Cuma bidang dan tempat yang berbeza.

Usah bicara dengan orang tua, matanya terhala pada susuk tubuh seorang gadis tinggi lampai. Yang sekadar mengenakan baju casual dan satu topi yang melindungi kepala.

"Asya..."

Belum sempat Zarryn menyebut penuh nama rakannya, Asyalyn terus mengatur dan meluru kearah Zarryn. Tanpa diminta, satu dakapan hangat melekat di dada gadis itu. Asyalyn turut memeluknya dengan erat seperti ibunya tadi. Siapa yang mahu berpisah dengan orang tersayang bukan.

"Jaga diri kau baik-baik dengan sana" Pesan Asyalyn mengeratkan lagi dakapan. Zarryn terkedu, dia dapatkan rasakan sesuatu hangat di sebelah bahu. Sudah tentu air mata milik rakannya itu. Namun pelahan-lahan satu senyuman terukir di bibir, Zarryn membalas pelukan itu.

"I'm going miss you" Luah Zarryn semakin ketat dakapan antara mereka. tidak lama itu, akhirnya mereka meleraikan pelukan. Bebola mata Asyalyn dan hujung hidungnya agak kemerahan. dia membetulkan sedikit rambut yang kusut supaya nampak lebih rapi seperti tadi. dia cuba berlagak cool namun setiap kali matanya menyapa wajah Zarryn pasti air matanya akan mengalir.

"Jangan la menangis.." pesan Zarryn perasan hujung mata Asyalyn Kembali berair. Sebelah tangan memegang jari jemari Asyalyn seakan memberikan kekuatan. Lama juga Asyalyn cuba melawan perasaan sendiri sehinggalah dia berani bertentangan mata dengan Zarryn.

Tiada balasan hanya satu senyuman pahit cuba menyembunyikan wajah suram.

"kau janganlah nangis, nanti aku pula nangis tengok kau macam ni" pujuk Zarryn menyeka air mata yang mula bertakung. sebak hatinya melihat wajah Asyalyn tampak kemerahan semasa menangis.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now