BAB 51 (MMA)

239 28 7
                                    

Same date❤️________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Same date❤️
________________

GELANGGANG MMA

"Are you guys ready for the final fight?" Lantang suara pengacara ingin menyemarakan lagi semangat penonton serentak itu mikrofon dihalakan pada penonton. Maka, bergemalah satu sorakan gemuruh daripada menonton seakan mahu meruntuhkan bangunan. Sungguh kuat sehingga dapat didengari oleh Tiger yang berdiri di hadapan pintu masuk.

Dia sedang menunggu namanya dipanggil. Empat pemuda bertubuh tegap sasa kiri kanan berdiri disisi untuk mengawal keadaan. Tiara yang turut berada disampingnya kelihatan menatap telefon. Dia yang menjaga barangan milik lelaki itu.

"Tiger, you turn now." Tiger mendongak kepala memandang jurulatih depan pintu. Dikerling Tiara yang sedang menyentuh permukaan skrin telefonnya sepintas lalu. Dia tidak menanyakan apa yang gadis itu sedang lalukan malah kaki diatur masuk ke dalam dewan.

"Ladies and gentleman!" Kata Pengacara dengan lantang. Semua penonton menumpukan perhatian pada pengacara itu sekarang.

"Welcome back our fighter, Tiger!" Tanpa diminta satu sorakan kuat mengemakan dewan. Tiger menapak dengan berani menuju ke sangkar. Tempat dia akan berentap nanti. Empat pemuda yang berada disisi menjalankan tugas mereka apabila beberapa penonton cuba menyentuh permukaan lengan Tiger. Hanya Tiara sahaja berlari ke tempat penonton bahagian paling hadapan.

Baju yang menutup tubuh ditanggalkan, jurulatih datang menghampiri seraya menyumbat pelindung gigi dalam mulut. Tiger memejam mata ingin menenangkan diri. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum membuka kembali kelopak mata.

Dilaga kedua belah tangan yang siap memakai sarung tangan tanda sedia. Pintu sangkar yang nampak sungguh menggerunkan itu dibuka. Dengan langkah berani, Tiger menapak masuk. Today is the final fight.
_____________

Ayshalyn yang masih belum putus asa cuba menelefon Hayden berulang kali namun tidak berhasil. Apa yang dibuat lelaki itu sekarang sampai tidak dapat menjawab panggilannya?

"Kau call siapa? Cemas je." tanya Armel memandang Ashalyn yang nampak cemas.

"Hayden." jawab Ayshalyn menyentuh-nyentuh skrin telefon. Dia masih belum putus asa. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati. Dia sendiri tidak dapat mentafsirkan perasaan itu. Apa yang dia tahu sekarang dia takut dan bimbang.

"Ya lah Ayshalyn, kenapa kau nampak cemas semacam je. Hayden kenapa?" tanya Zarryn pula. Sungguh Ayshalyn nampak kalut. Seperti sesuatu buruk sedang berlaku. Lagi yang mencurigakan apabila gadis itu meminta Adam memandu kereta ke tempat terpencil. Tanpa dirancang pula tu.

"Hayden kan boyfriend dia. Mestilah dia risau," tanpa berfikir panjang Armel menjawab wakil Ashalyn sekaligus membongkar rahsia.

"What?!" Adam dan Zarryn menjerit sekali. Pantas Zarryn menoleh ke belakang. Dia pandang Armel. Evans dan Ayshalyn yang ralit menatap telefon memandang Armel. Gadis itu menjadi mangsa renungan mereka. Masing-masing memarahi Armel dalam diam.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now