Same date❤️
__________________Skrin telefon ditatap dengan wajah geram. Dia membelek bahagian panggilan, namun tiada sesiapa yang menelefonnya. Terutama Adam iaitu teman lelakinya itu. Sejak semalam ditelefon berulang kali, namun tidak dijawab.
"Lieya.. apa you tengok itu? Mesti nak call Adam kan. come on la.. " teka Sabriena, dengan sebelah kening terangkat dibuatnya ingin menyakini tekaannya itu betul.
"Aah nak call lah ini, tapi mamat tu tak reti nak jawab," balas Lieya dengan geram. Sabriena tersengih serba salah apabila mendengar jawapan rakannya dengan nada kecewa.
Lieya mengeluh berat, dia membuka laman web sekolah. Mana tahu dia mendapat info mengenai Adam. Berita Adam terjatuh bangunan ke? Adam digantung sekolah ke? Adam bergaduh lagi ke? Seperti biasa, akan ada sahaja info terkini yang dikongsi oleh akaun sekolah iaitu dijaga oleh Nayla atau Yumi.
{ New Student }
-Hayden Ziyad
-Armel Darnisya
Dia membaca biodata Hayden yang jelas tertera. Sempat dia memerhati raut wajah lelaki itu. Memakai cermin mata dan mempunyai wajah yang bersih tanpa sebarang jerawat. Tidak lama kemudian, bahunya digoncang Sabriena secara tiba-tiba.
"Weh Lieya tengok itu, Adam tengah datang sini. cepat pakai mekap, cair dah tu make up you," Sabriena menayang wajah yang gelabah. Namun hanya dibalas dengan jelingan tajam oleh Lieya. Boleh pulak pesan aku make up kat sini.
"Hai Lieya, sorry la tak jawab call semalam.. I tertidur," helah Adam senyum manis selebar mungkin. Hati Lieya berasa sedikit lega. Sekurangnya dia tahu bahawa Adam tidak curang dengannya. Lieya mengangguk kepala membalas senyuman Adam.
"Weh Adam, aku masuk dewan dulu." kata Hayden yang dari tadi diam. Pandangan Lieya beralih kepada Hayden, lelaki berkaca mata yang menyandang beg sebelah bahu. Sepintas lalu, dia teringat akan biodata pelajar baharu yang dibaca olehnya sebentar tadi.
"Weh siapa mamat itu? Handsome la, walaupun pakai cermin mata," bisik Sabriena dekat cuping anak telinga Lieya, seakan-akan tertarik dengan Hayden. Lieya sekadar diam, tidak menjawab.
________________
Kerusi disusun rapi oleh beberapa pelajar, segelintir pelajar mengantung banner majlis pelancaran hari sukan sekolah. Beberapa hiasan turut dihiasi oleh pelajar kreatif dan diketuai oleh Evans dan Zarryn.
Pentas mula diwarnai oleh belon yang berwarna-warni, tidak lupa juga reben yang telah diikat untuk proses semasa perasmian. Dewan pada ketika itu kelihatan ceria berbannding hari biasa.
Para pelajar mula berpusu-pusu masuk memenuhi dewan begitu juga Adam dan Hayden. Armel bersama Ayshalyn juga mengambil tempat duduk untuk majlis yang bakal berlangsung.
Seperti biasa majlis akan dimulakan dengan nyanyian patriotik. Semua pelajar harus berdiri dan bernyanyi sebelum ucapan-ucapan dimulakan.
Semua pelajar mula diam apabila pengacara majlis menjemput pengetua untuk berucap.
Hayden berpaling ke arah Adam apabila terdengar lelaki itu menguap. Adam pandang Hayden lalu menunjukkan 5 jarinya tanda 5 minit lalu selamba dia menutup matanya. Hayden hanya tersenyum senget serta menggeleng.
"Hi and good morning I bid for everyone. Today, as you guys been told, is a special day. Our greatest Tan Sri Fareez is here with us today to inaugurate our sport day! And as you guys have been informed and know, our sport day will be occurred on the next Thursday. Which means you guys have one week to practice. I hope you guys got enough time to practice and do the best for your team..."
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️