BAB 15 (FIGHT)

367 49 16
                                    

1 0 / 0 5 / 2 0 ❤️
____________________

Pagi hari kedua sukan di sekolah itu semakin meriah dan riuh. Hari ini adalah untuk indoor sports pula.

"Ah game kau sama masa dengan Adam la," kata Armel yang baru saja melihat jadual sukan indoor buat hari kedua sukan. Disebabkan masa yang suntuk dan pelbagai jenis sukan, jadi terpaksa dua atau tiga sukan dilakukan pada masa yang sama. Terpulang pada pelajar mahu menonton yang mana.

"Hayden punya game bila?" tanya Zarryn pada Armel. Ayshalyn disebelah yang memakai topi dengan rambut panjang yang diikat, manakala beg digalas pada bahu kiri memandang Armel dengan wajah tertanya. Dia berasa tertarik akan pertanyaan Zarryn sebentar tadi.

"Ouh Hayden punya game, last. Jadi kita semua boleh pergi tengok!" ujar Armel dengan teruja. Ayshalyn dan Zarryn senyum melihat telatah ceria Armel.

"Tapi Ayshalyn.. I feel so bad since we couldn't watch your game," Zarryn berasa bersalah kerana dia dan Armel tidak dapat hadir ke pertandingan fencing Ayshalyn. Oleh kerana urus niaga gerai jualan. Mahu serah pada siapa lagi? Semua tak bertanggungjawab mengelak mahu menonton sukan indoor.

"Hey, it's okay." balas Asyalyn sambil mengukir senyuman. Dia sendiri tahu bahawa Zarryn dan Armel sibuk dengan gerai jualan.

"Nanti jumpa dekat gelanggang boxing," pesan Armel sambil melambai tangan. Aysyalyn mengangguk kepala. Mereka berjalan dengan haluan berbeza. Armel dan Zarryn ke gerai manakala dia sendiri menghala ke bilik fencing.

Sedang dia berjalan dengan gembira, tiba-tiba matanya ternampak kelibat seorang lelaki yang sangat dia kenal. Siapa lagi kalau bukan Hayden. Lelaki itu sepertinya berbincang sesuatu dengan Sir Lewis.

Cepat Ayshalyn menyorok diri sebalik dinding. Dia menyentuh dada, jantungnya berdegup kencang. Mana tak nya, kejadian yang berlaku semalam masih menari dalam kepala. Malu gila. Ikutkan memang dia tidak mahu berjumpa pun dengan Hayden.

"Haduh.. kenapa dia ada dekat sini," rungut Aysyalyn cuba berani menjenguk kepala melihat kedudukan Hayden sekarang. Sudah beredar ke belum. Dia sudah lambat mahu ke bilik facing. Nanti tak pasal-pasal kena bebel dengan coach.

"Arh, redah je la." Ayshalyn membetulkan topinya sedikit, ingin menghalang wajahnya terdedah manakala tanganya cuba menutup muka. Berhati-hati dia berjalan belakang Hayden. Mujur lelaki itu berdiri sambil berbincang membelakangi jalan. Jadi dia tidak mungkin perasan kehadiran Ayshalyn ketika itu.

Dengan langkah terjungkit-jungkit dia cuba berlari dari situ. Tidak mahu bertembung pun. Tolong la!

"Hayden, all the best. Defect Haiqal.. Steve's victory is in your hand," kata Sir Lewis selaku salah seorang guru blok mereka.

"I will and thank you sir," ucap Hayden sambil mengangguk kepala. Dia mengerti apa yang dikatakan gurunya itu. Lelaki itu menepuk lembut bahu Hayden dengan senyuman dan berlalu pergi. Hayden sekadar melihat kelibat lelaki itu hilang dari pandanganya.

"Habis la kau Hayden.." detik Hayden dalam hati. Isu bertarung dalam boxing stage bukan masalah dia. Dia sudah lali akan pertandingan boxing. Apa yang dia risuakan adalah neneknya, Hajah Kamsah itu.

Bagaimana dia dapat tahu berita cucunya masuk boxing lagi? Pecah rekod tukar sekolah dua kali dalam setahun. Dia baru saja menyuaikan diri dalam sekolah ini.

Hayden mengeleng kepala. Dia menoleh ke belakang dengan pandangan pelik. Mana tak pelik kalau dia nampak Ayshalyn dah macam mahu mengendap.

Menyorok belakang pasu, sebalik dinding siap berlari dengan terjungkit kaki lagi. Apa yang tak kena. Dia berjalan mendekati gadis itu.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now