BAB 12 (HIS SMILE)

443 60 27
                                    

Same date ❤️
_________________

"So that's all for today. Before i forget, good luck to all Knights for tomorrow. But! My homework also has to be done okay. You guys ada masa panjang since lepas sukan ni you guys boleh balik rumah masing-masing. So I akan check after cuti okay. Bye," Madame Hara melangkah keluar dari kelas.

"Hari ni kau ada latihan tak?" tanya Zarryn kepada Adam semasa mereka mengemas barang untuk pulang ke dorm. Adam menggeleng.

"Good! So tak ada masalahlah kan kalau kau stay back dengan aku dekat library kejap lagi. Aku nak kau buat dan siapkan kerja-kerja hari ni. Okay my dear?"

Terus berpaling Adam ke arah Zarryn. What?! Stayback? Baru je Adam nak buka mulut membantah, Zarryn sudah meletakkan jari telunjuknya pada bibir Adam.

"Ap ap, jangan nak bagi alasan ya. Kau dah cakap kau free tadi,"

"Bila masa aku cakap aku free? Aku tak ada latihan je. Aku nak pergi date dengan Lieya la," Adam memberi alasan. Tapi bukan alasan tipu ya sebab dia memang ada janji dengan Lieya nak jumpa lepas sekolah di cafe nanti. Zarryn menjeling.

"Arh tak ada tak ada. Cancel. Hari ni, kau date dengan aku dekat library. Cepat text dia cakap cancel." arah Zarryn. Adam buat muka. Zarryn menjegilkan matanya bila Adam masih tidak menitip pesan pada kekasih hatinya.

Adam mendecit geram lantas di ambil telefon di dalam poket seluar dan menghantar pesan pada Lieya. Dia menunjukkan skrin telefonnya ke arah Zarryn tanda 'puas?'

Zarryn tersenyum kemenangan. Dengar juga cakap aku!

"Dah jom kita pergi date ya sayang. Nah, bawak beg aku," Zarryn menyangkut beg bimbitnya yang berwarna pink ke leher Adam dan selamba melangkah.

"Bye girls,"

Sempat Zarryn melambai pada Ayshalyn dan Armel yang melihat mereka dengan dua ketul lelaki lagi tu disisi.

Adam menghela nafas. Sabar.. sabar..

____________

"Baguslah kau hari ni. Semua kerja dah siap. Wah! New record! Aku kena bagitahu uncle ni!" kata Zarryn teruja sambil dia dan Adam berjalan untuk pulang ke dorm.

Adam hanya diam. Takda mood nak bercakap. Penat hari ni dia buat kerja. Tak pernah-pernah dia siapkan kerja dalam masa sehari macam ni. Tapi disebabkan perempuan kat depan dia nilah semua benda mustahil tu terjadi. Haih!

Beg pink Zarryn dibetulkan di bahunya. Tengok! Sampaikan beg dia pun aku bawa.

"Kau patut berterima kasih dekat aku tau. Nanti tak adalah kau gelabah nak buat time cuti dah habis. Esok pulak sukan. Aku tahu kau ni pemalas. Dekat rumah kau bukan buat apa pun..."

Zarryn masih lagi membebel-bebel di hadapannya. Adam buat pekak. Malas nak layan.

Tiba-tiba Zarryn berhenti mengejut di hadapannya. Terkejut Adam. Dah kenapa dia ni. Siap dibetulkan-betulkan rambutnya dan berjalan dengan lemah lembut.

Adam memandang sekeliling. Matanya tertancap pada satu figura. Patut pun!

Seorang lelaki dari mana entah tiba-tiba muncul dan turut melangkah ke arah kawasan dorm. Lelaki tersebut berpaling ke arah mereka dan senyum manis kepada Zarryn. Si mak singa kat depan ni apa lagi. Meliuk lentok macam ulat beluncas.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now