BAB 13 (SCREWED UP)

379 53 15
                                    

0 8 / 0 5 / 2 0 ❤️
__________________

"Ready?" tanya juruvideo yang siap sedia merakam video dua gadis yang ditugaskan untuk menjadi pengacara dan juru hebah isu semasa di laman social.

Yumi dan Nayla mengangguk kepala. Kamera difokus pada wajah kedua gadis itu, dalam kiraan satu..dua..tiga video dirakam.

"Hello and good morning Knight's! Bersama saya Yumi!"

"Saya Nayla!" Sapa Nayla dengan senyuman mesra dan ceria.

"Shout out to all athletes! Hari sukan tahunan yang ditunggu-tunggu pelajar sudah tiba!" Jerit Yumi dengan gembira.

"Milik siapa anugerah sukan tahun ini? Adakah milik Excell?"

Suara jeritan semangat dari rumah pasukan Excell menjadi latar belakang suara.

"Atau milik Steeve?"

Kali ini suara teriakan milik rumah pasukan Steeve berteriak semangat tidak mahu kalah akan Excell.

"Atau Krypton dan Neptune dapat mencipta sejarah tahun ini?"

Dua pasukan tersebut bergabung bersorak dengan semangat.

"Seperti biasa, saya dan Nayla akan bertugas sebagai pengacara majlis mengisi hari sukan anda! And don't forget to check our school web, isu semasa akan segera diupload!"

"Yumi.. di mana pasukan perarakan sekarang? Saya tak nampak pun," tanya Nayla berpura-pura tidak tahu.

"Oh untuk pengetahuan kamu semua, majlis perlancaran dan pasukan perarakan akan dimulakan lewat sedikit kerana tetamu jemputan kita mempunyai hal penting. Tapi dia akan segera datang. Don't worry!" kata Yumi. Kamera dihalakan merakam suasana pasukan perarakan yang berpakaian mengikut tema masing-masing berhampiran padang.

_______________

Suasana sekolah meriah dengan gerai-gerai jualan pelbagai jenis. Tidak termasuk dengan kegembiraan pelajar yang berpakaian rumah sukan dan segelintirnya memakai mascot atau baju kreativiti masing-masing untuk acara perarakan sebentar lagi.

Semua peserta perarakan sedang bersiap-siap. Ada yang sedang bergelak ketawa mengambil gambar. Hari sukan akan berlangsung selama dua hari. Aktiviti outdoor atau sukan balapan pada hari pertama manakala hari kedua iaitu indoor sports.

"Semua okey?" tanya Evans yang memeriksa peserta perarakan bagi bloknya iaitu blok Eve. Kesemua peserta mengangkat ibu jari tanda okey. Hampir 20 minit mereka berdiri menunggu kehadiran tetamu Vip untuk memulakan acara perarakan.

Matahari sudah naik menyebabkan peserta kelihatan sedang mengibas-ngibas dek bahang haba matahari. Wajahnya turut berpeluh dari hujung anak rambut mengalir ke pipi, dibiarkan begitu saja.

"Abang.. Evans.." Lelaki itu tertoleh ke kiri dan kanan apabila namanya dipanggil. Siapa panggil? Dahi Evans berkerut. Takkan imaginasi, jelas sekali seseorang memanggil namanya.

"Abang Evans," kali ini namanya dipanggil lebih kuat dari tadi. Evans mengaru kepala tidak gatal, mana si pemanggil?

"Abang Evans, dekat bawah ni, " Evans menunduk kepala ke bawah memandang seorang gadis yang ketinggian rendah, rambutnya style cendawan dan memakai cermin mata berbingkai tebal. Dia menghulurkan sapu tangan pada Evans dengan wajah yang tersipu malu. Evans mengangkat kening tanda tanya.

"Abang Evans.. nampak berpeluh, jadi ambil la sapu tangan ni. Lap peluh Abang Evans.." katanya dengan rasa segan. Teragak-agak lelaki itu untuk menerima sapu tangan itu.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now