Same date❤️
________________Jam tangan berbunyi, Ayshalyn bangun dalam keadaan kusut masai. Jam tangan yang dia kunci pukul 4.00 pagi untuk bersihkan diri. Takkan bangun pukul 5 pagi, tandas ada dua je. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Dah la tandas berpasir, nasib tak bau busuk je.
"Zarryn bangun.." Ayshalyn kejutkan Zarryn. Gadis itu bangun dengan muka yang masih mengantuk. Rambutnya sedikit kusut masai, ini mesti tidur dengan posisi tak betul.
"Dah pukul berapa ni?" tanya Zarryn sambil gosok sebelah mata.
"4.00 pagi" jawab Ayshalyn, dia buka zip khemah. Dia keluar dari khemah sambil menggeliat tubuh. Dia nampak beberapa pelajar sudah bangun, ada yang ulang alik dengan kain tuala disangkut pada bahu, ada yang masih bersengguh luar khemah.
Zarryn menyarung sweatshirt lengan panjang dan ambil bekas berus gigi, pencuci dan sebagainya.
"Armel.. bangun," kejut Zarryn dengan lemah lembut. Biasa lah ibu-ibu memang macam tu. Gadis itu masih lena diulit mimpi. Zarryn bingkas keluar dari khemah dengan bekas yang dia ambil tadi.
"Ayshalyn aku pergi dulu, nanti kejutkan Armell," kata Zarryn dengan muka mengantuk seraya menyarung selipar. Dia nampak Ayshalyn mengangguk kepala sambung menggeliat.
Dalam perjalanan ke tandas, samar-samar dia nampak kelibat hitam sedang berlari. Laju dia pecut dari kawasan khemah lelaki menuju ke tandas.
Kelibat siapa lagi, mesti lah musuh ketatnya sendiri. si Adam penakut. Dia pakai sweater dengan seluar hitam sedang memecut ke tandas.
Dia tengah pegang perut, ini mesti nak melabur pagi-pagi. Tapi bilik tandas lelaki tertutup sepertinya ada orang. Cepat zarryn menganalisi, tak boleh jadi ni. Mesti mamat ni sanggup masuk perempuan lagi-lagi dalam keadaan kecemasan. Laju zarryn memecut berlumba dengan Adam ke tandas.
Seperti yang dijangka Adam memang nak masuk tandas perempuan, bila dia tahu tandas laki ada orang. Dia dah tak tahan sangat. Terpaksalah.
"Eh, tandas ni girl punya. Kau tunggu turn," halang Zarryn yang baru sampai.
"Arh lantak la, emergency!" dia tolak sedikit tubuh Zarryn dan masuk tandas.
"Hei!" marah Zarryn. Dia memeluk tubuh, lama juga dia tunggu depan pintu. Adam ni tak keluar-keluar. Orang sebelah pun dah keluar. Takkan Zarryn nak masuk tandas lelaki pula, dia bukan gila macam Adam.
Sedang dia menunggu Adam, dia nampak suis lampu. Zarryn tersenyum jahat, otak dia pulak berfungsi baik.
Pak!
Dia tutup suis lampu tandas. Gelap gelita la jadinya tandas tu.
"Woi! Buka lah! " jerit Adam, kan mamat ni penakut. Hah tak lama lepas tu, bunyi pancuran air.
Pintu bilik air dibuka, tersembul muka Zarryn yang memeluk tubuh. Adam pandang muka Zarryn dengan tak puas hati, perlahan-lahan dia keluar dari tandas.
________
Usai sarapan pagi, seperti biasa pelajar akan berkumpul untuk aktiviti seterusnya. Mereka dikehendaki bersenam dahulu dengan lagu workout.
Lepas itu mereka mendaki bukit,yang paling tak puas bila hari ini pelajar perlu berada dalam team dan jaga diri jangan kena belon air. Dah macam kanak-kanak semua happy baling-baling belon.
Tetapi, lain pula bagi 6 manusia bertuah ni. Zarryn yang bertopeng chef tinggi dari tadi perhatikan pelajar lain jalankan aktiviti dengan gembira. Team mereka didenda tidak boleh beraktiviti. Markah mereka juga dipotong. Ini semua sebab kejadian semalam.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️