Same date❤️
_________________Kereta masuk ke dalam perkarangan rumah. Evans keluar dari kereta. Dari tadi dia memekakkan telinga menahan bebelan Armel. Gadis itu turut keluar membuntuti Evans.
"Evans, aku taknak tidur sini. Segan la. Lagipun aku tak bawak baju.. " bangkang Armel. Dia segan mahu menginap di rumah lelaki itu.
Evans menunduk sedikit kepala supaya rapat dengan Armel.
"Adik perempuan aku kan ada," balasnya sambil melambung-lambung anak kunci kereta atas tapak tangan.
Ini yang malas ni, tapi adik si Evans ni zat terlebih macam abang dia. Tinggi macam galah, mana muat baju dia dengan Armel. Nanti ada baju meleret atas lantai dengan lengan baju terlebih panjang.
"Adik kau tu dahlah galah. Aku ni tebu, pendek.." kata Armel merendahkan diri sendiri.
"Lain kali bergayut la. Tinggi sikit, makan benda seimbang. Ni makan benda tak berkhasiat. Itu yang pendek tak tinggi-tinggi." bebel Evans. Sempat sindir.
Armel menyepet mata dengan muka geram. Ada juga nanti naik penampar dekat muka kang!
"Tak payah kutuk aku la, bak balik kunci kereta tu. Aku nak balik sekarang!" serentak itu Armel mahu merebut kunci kereta dalam tangan Evans. Lelaki itu mengangkat tangan dengan tinggi. Ambik kau, kan dah terserlah smurf Armel tu. Tak pasal-pasal dia buat scene rabbit dekat situ. Terloncat-loncat nak capai kunci kereta.
Bunyi pintu dikuak dari dalam, serentak itu Armel yang terlompat-lompat berhenti. Dia memandang seorang gadis. Tubuhnya tinggi lampai dan ramping tercegat hadapan pintu. Gadis itu memiliki warna rambut seperti Evans. Segaris kerutan di dahi gadis itu hairan melihat Armel.
"Thank you Rosie," ucap Evans pada adik perempuannya seraya melangkah masuk dalam rumah.
"As always, welcome." Balas Rosie dengan malas, sambil memeluk tubuh mengalih sedikit tubuh. Mimpi apa entah abang dia ajak Kak Armel datang rumah.
Armel hanya mampu memberikan senyuman mesra membuntuti Evans. Belum sempat Evans mahu naik ke atas, bajunya terasa ditarik. Siapa lagi kalau Armel dengan muka sebal.
Evans mengangkat sebelah kening. Kenapa?
"Aku segan la tidur rumah kau, lagipun aku bukan rapat sangat dengan Rosie.. " kata Armel serba salah. Evans menunduk sedikit badan supaya sama aras dengan Armel. Kedua-dua bahu gadis itu dipegang. Dia menatap wajah gadis itu dengan penuh kasih sayang.
"Don't worry, kau bukan tidur sebilik dengan dia pun.. and, parents aku tak pernah makan orang lagi setakat ni,"
Armel mengecil mata, nak mengusik ke?
"Evans, bak sini balik kunci kereta tu.. " baru saja Armel mahu merebut anak kunci, namanya dipanggil. Dia menoleh arah dapur. Kelihatan sebuah keluarga sedang bersantap. Patutlah tadi ada kereta lain di perkarangan rumah.
"Armel, mari makan dulu. Auntie ada masak banyak ni. Alang-alang dah lewat ni, tidur sini jela." kata mama Evans melirik senyuman sambil membawa pinggan lauk.
Armel menoleh arah Evans yang senyum smirk. See? Belum Evans minta izin, mama dah bagi green light awal-awal.
"Haah memang pun Armel tidur sini ma, dia kena tinggal dengan abang dia," Tanpa Armel minta, Evans yang menjawab sebagai wakil.
Armel mencerlang renungan tajam pada Evans. Bila masa aku bagitahu dia?
"Eh takpe la auntie, Armel nak balik dah ni. Hantar Evans balik je.. " dalih Armel tersengih. Matanya jatuh pada satu keluarga yang sedang menjamu selera. Mungkin itu saudara mara Evans. Namun dia tertarik pada seorang gadis turut berada di situ. Macam pernah nampak, lama juga Armel perhati. Gadis yang diperhati Armel cuba senyum mesra. Mungkin tidak selesa ditenung begitu.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️