Same Date❤️
____________________Last day mereka di Langkawi itu mereka habiskan masa dengan pergi shopping! Memang tak sahlah kalau tak beli coklat kalau pergi Langkawi kan. Jadi pada hari itu, mereka ke HIG.
Mereka keluar rumah agak lewat hari tu. Pukul 11 baru keluar. Hari tu pun sejuk je hujan. Tu yang sorang-sorang liat nak bangun. Kalau tak mummy monster Zarryn tu yang pergi kejut sorang-sorang dalam bilik tu, memang tak bangun sampai Zohor dengan cuaca nyaman sejuk macam tu.
Masing-masing berlingkar dalam selimut. Nak-nak lagi si bapa pemalas, Adam. Sempat dia berkarate dengan lelaki itu dalam bilik sebab liat nak bangun. Last-last Zarryn off aircond, tarik selimut dan heret lelaki itu masuk bilik air. Susah tau jadi mak ni.
___________________
"Let's go the light and fall into dark side~" suara Armel bernyanyi dalam kereta. Dia duduk bahagia di tengah sebelah Zarryn. Manakala Hayden seperti biasa terkepit dengan Ayshalyn di bahagian belakang. Mereka tidak berbual, mungkin kerana perkara semalam. Membuatkan mereka menjadi sedikit janggal.
"Fall into dark side~'' sambung suara katak yang duduk di bahagian depan sebelah memandu. Evans yang sedang memandu sambil menggunakan waze terpaksa pekakkan telinga. Sakit kepala, lagi-lagi radio yang dibluetooh Adam berdendang kuat. Mahu bergegar kereta belum bercampur dengan suara katak Adam dan Armel.
"Sebelum kereta ni terbalik, terjun curam baik korang diam!" kata Evans dah mula naik angin. Dari tadi terjerit dalam kereta. Nasib baik kereta ni tak ada sunroof, kalau tidak ada juga kepala menjenguk keluar sambil menjerit. Dia memperlahan audio, musik menjadi senyap. Automatik mereka berdua berhenti bernyanyi.
"Ala Evans, nyanyi je pun. Sedap suara aku, sayang kau tak dengar," pujuk Adam. Tanganya dah mula merayap cuba menguatkan audio kembali. Tapi Evans menghalangnya.
"Tak payah, boleh sakit jiwa dengar kau nyanyi," kata Evans, dengan pakej jelingan maut lagi. Adam memandang arah tingkap, lepas kena marah dengan bapak singa.
"Evans buka lah!" bentak Armel tidak puas hati. Tengah syok bernyanyi tiba-tiba audio dimatikan. Evans diam, namun kali ini dia membuka kembali radio cuma lebih perlahan dari tadi. Ya, lelaki itu menurut permintaan Armel.
"Ish kuat lah sikit lagi!" Armel yang duduk belakang pergi ke depan sikit badannya untuk kuatkan audio radio. Lagu don't start now didendangkan. Evans langsung tidak memarahi gadis itu, hanya melihat saja perbuatan Armel.
"Did full 180, crazy..." Armel mula bernyanyi siap berjoget dengan pelbagai gaya lagi. Zarryn sekadar mengurut kepala, bingung nak buat apa lagi. Larang kang semput angin.
Adam dah jeling sambil mencebik muka.
"Kalau dengan Armel takpe, ikut pula," sindir Adam dan dia menyambung bernyanyi dengan Armel. Mereka berdua bernyanyi sehinggalah sampai ke destinasi.
Setelah sampai, Evans memarkir kereta di lot kosong. Mereka semua keluar dari kereta dan teruja untuk masuk ke dalam dan yang paling teruja sudah tentunya Armel.
3 gadis itu mata dah bersinar bila mereka masuk ke dalam. Lagi-lagi si Armel dengan mulut ternganga. Wah! Mereka berenam masuk untuk memborong coklat. 3 ketul lelaki itu menurut di belakang dan Adam menolak troli. Habis segala jenis coklat dikaut. Ambik letak dalam troli.
Hayden mula pergi ke arah tempat pinggan mangkuk selepas beberapa jenis coklat diambil. Teringat akan pesanan Hajah Kamsah. Turut diajak Ayshalyn menemaninya memilih. Ayshalyn kan perempuan, jadi mungkin citarasa perempuan ni sama untuk memilih jadi ditarik Ayshalyn sekali.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️