Bab 56 (LEAVE)

283 28 14
                                    

Same date❤️
_________________

Bilik latihan Fencing.

Bunyi libasan pegang dan tapak kaki yang berlaga permukaan strip. Dua fencer sedang berlatih dan diperhatikan oleh seorang jurulatih berada di tengah antara mereka. Cukup pada masa pusingan akhir, mereka berhenti.

Satu tepukan membuatkan salah seorang fencer berpaling. Ayshalyn menanggalkan topeng muka seraya menoleh. Jurulatih memberikan tepukan dengan senyuman lebar. Bangga, kerana gadis itu kembali bersemangat seperti biasa.

"I'm proud of you." puji coach Adrew.

Ayshalyn mengerut kening tidak mengerti. Kenapa?

"Well, you manage to overcome your own problems." kata Coach Adrew seraya mendepakan kedua belah tangan.

"And.. thank you for refocus on the competition." tambah lagi Coach Adrew mengangkat ibu jari ke arah Ayshalyn. Dia senang melihat gadis itu sudah 'pulih' daripada masalah peribadi. Sekurangnya tiadalah resah lagi kerana Ayshalyn bakal bersaing tidak lama lagi.

Ayshalyn menguntum senyuman mesra. Dia pun gembira akan dirinya sekarang.

"This is my final match as Knight, Sir.. I will win to honor this school. That's my promise," ujar Ayshalyn menghadiahi senyuman dan menapak pergi. Coach Adrew mengangguk, dia yakin anak muridnya akan berjaya. Dia percayakan Ayshalyn sebagai fencer handal.

Jacket lame dan sabel diletakkan atas bangku kayu. Sempat dia memandang juniornya sedang berlatih di ruang lain. Nampak gaya mereka inginkan sebuah kemenangan. Beberapa junior yang perasan mereka diperhatikan, mula tersenyum dan melambai tangan ke arah Ayshalyn.

Ayshalyn turut membalas senyuman pada mereka. Dia angkat tangan dengan jari jemari dikepal erat. Figthing! Dengan mimik muka dia sengaja buat ingin berikan semangat pada juniornya itu. Kemenangan mesti milik mereka.

"Kak Ayshalyn.. dari tadi telefon berbunyi. Entah siapa yang telefon." tegur seorang gadis berpakaian lengkap fencer sebelum menapak ke arah strip. Ayshalyn hanya mengucapkan okey dan mengambil telefon dalam beg galas. Entah siapa hubunginya.

15 missed call - Zarryn Lydia

Sekali lagi kening berkerut, terus dia mendail nombor itu. Baru dia menelefon, panggilan dijawab. Suara cemas Zarryn kedengaran di hujung corong telefon sebelum riak wajah Ayshalyn berubah.

_______________

Sebuah kereta Ferrari Purosangue warna merah di hadapan bangunan utama sekolah. Hanya tunggu masa sahaja untuk keluar dari pekarangan sekolah.

Hayden disebelah pintu kereta sedang berbual dengan Adam manakala Evans dan Armel juga tercegat berhampiran mereka.

Zarryn asyik cuba menghubungi Ayshalyn. Dikerling ke arah laluan utama masuk bangunan sekolah. Mana Ayshalyn ni? Dia terlupa atau sengaja.

"Adam, aku pergi dulu eh. Evans, Armel, Zarryn jumpa nanti." pamit Hayden yang mahu masuk dalam kereta.

Kenapa? Hari ini adalah hari terakhir dia berdiri di WCIS atau digelar sebagai Knight. Dia akan mengikuti permintaan nenek dan kedua orang tuanya. Dan mungkin ini jalan terbaik untuk dia mengubati luka antara dia dan Ayshalyn.

Zarryn dah naik cemas, bukan main dia pujuk Adam supaya melengahkan masa. Hayden sudah buka pintu mahu masuk dalam kereta.

Adam hanya melambai tangan kemudian memandang Zarryn sambil menjungkit bahu. Armel dan Evans sudah berjalan masuk dalam bangunan.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now