BAB 49 (WHY)

239 34 13
                                    

Same date❤️
________________

BILIK LATIHAN FENCING.

Sebilah pedang ditangan kanannya dipegang kemas lantas dihalakan kearah sasaran. Banyak kali pedang cuba menyentuh pada sasaran namun tidak berhasil. Ayshalyn mula rasa serabut. Langkah mara ke depan dan menghunus pedang arah pihak lawan. Setiap kali dia mahu mencari markah ada saja helah pihak lawan pandai mengelak.

"Hayden are you alright?"

Ayat itu terlintas dalam minda. Pertanyaan yang didengari corong telefon. Paling dia tidak dapat terima kenyataan, dia kenal akan pemilik suara itu. Suara itu milik Tiara. Tiara. Tiara. Tiara. Selangkah demi selangkah dia mara ke depan. Ayshalyn mula hilang fokus.

"Hayden?"

Suara itu seakan bermain dalam kepala. Ayshalyn memejam sebentar mata sebelum membuka kembali mata. Dia menggeleng kepala mahu mengusir perkara itu. Dia ingin beri tumpuan pada permainan sekarang. Sampailah hujung pedang mengena pada lengan. Ayshalyn sedikit mengeluh berat apabila pihak lawan berjaya menewaskannya kali ini.

Perlahan-lahan topeng muka dibuka, wajahnya tampak letih dan lesu. Peluh merenik pada dahi dikesat kasar. Dia sedikit tercungap-cungap tidak cukup nafas. Coach datang menghampiri sambil memeluk tubuh.

"Ayshalyn, seems you are not focusing on the game. Why? Do you have problems?" tegur Coach Adrian. Sejak kebelakangan ini, gadis itu kelihatan tidak memberi tumpuan pada latihan. Dia bukan apa, cuma bimbang kerana tarikh pertandingan semakin hampir. Jadi dia tidak mahu gadis itu terleka.

"No coach. I'm okay," ujar Ashaylyn menguntum senyuman subing. Namun kelamaan senyuman itu mula pudar apabila dia menyedari bahawa dia gagal memenangi latihan hari ini. Dia berasa kesal akan sikapnya sekarang.

_________________

"Evans, Evans. Please let me explain." rayu Armel memujuk Evans. Dari tadi dia mengekori ingin memberikan penjelasan. Namun lelaki itu tetap tidak mahu mendengarnya. Armel dapat rasakan dia separuh halimunan hari ini. Evans tidak mahu melayannya.

"Evans jangan la macam ni.. " suara Armel mahu menangis, kakinya sudah penat mahu mengejar Evans ini. Akhirnya dia berhenti membuntuti lelaki itu. Dia biarkan sahaja Evans jalan ke depan. Dihentak-hentak kaki berulang kali tanda protes dengan kedua belah tangan dikepal erat. Ish! Susahlah lelaki ni kalau merajuk.

"Berapa kali aku nak cakap yang kau tak boleh masuk kelab ni!"

Satu suara lantang berbunyi. Armel menoleh ke arah sebuah bilik. Bilik kelab Drama. Hatinya terdetik mahu mendekati bilik tersebut.

"Dengan muka tak siap macam ni, ada hati nak masuk kelab drama. Sedar diri sikit!"

Kata-kata sinis keluar dari mulut seseorang. Sepertinya Sara. Armel menjenguk sedikit mahu mengintai. Dia lihat Sara dan yang lain mengelilingi seorang gadis sedang memegang sehelai kertas. Borang dalam genggaman itu sedikit bergetar, Armel dapat agak gadis itu dalam keadaan ketakutan.

"Eh Hanna, kau tak tahu malu ke?" tanya Sara menunjal bahu Hanna. Si Fady dan yang lain sudah ketawa sinis seakan mahu mengejek. Mereka melihat Hanna dengan pandangan jijik. Ada hati nak masuk kelab drama. Kalau muka cantik macam mereka tak apa la juga, ni muka tak ada beza dengan watak kartun tu.

"Kalau aku jadi kau, aku tak berani tunjuk muka dekat kelab ni tau. Malu!" Kali ini Melly pula melontar kata-kata cukup menyakitkan hati. Dia tayang muka menyampah pada gadis itu.

"Kak Melly.." kata Hanna tergagap-gagap mahu berkata.

"Apa kak-kak. Fikir aku kakak kau ke? Tak ingin aku." sindir Melly serentak itu tanpa diminta Sara dan Fady mentertawakan Hanna.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now