BAB 23 (KEM AKHLAK)

278 41 9
                                    

1 9 / 0 5 / 2 0 ❤️
__________________

Adam berjalan ke kelas sambil membelek telefon. Dia check aplikasi whatapps dan melihat gambar profile Lieya kosong. Mesti kena block, aplikasi intasgram juga gadis itu block. Twitter? Tak payah tanya, dah awal-awal dia block Adam sebelum lelaki itu tahu isu gambar semalam.

"Ni la perempuan, gaduh sikit block tak pun dp hitam. Tak boleh bawak bincang langsung," rungut Adam. Dia tutup phone dan letak dalam poket seluar.

Dia nampak beberapa pelajar sudah berkeliaran luar dan dalam kelas. Ada yang sandang beg masuk dalam kelas, lepak tepi tangga. Macam-macam lagi kerenah pelajar ini buat.

Adam yang sekadar membimbit buku nota yang tebal, tanpa beg bersahaja jalan masuk ke kelas. Hari ini dia datang awal dari biasa. Kenapa?

Sebabnya dia tak nak bertembung mata dengan Hayden, biar la dia berkorban bangun awal hari ini. Kalau tidak, mahu bilik tu jadi gelanggang gusti. Semalam pun dia yang naik bilik dulu dan tidur.

Pintu kelas dikuak, seperti yang dijangka pelajar lain belum masuk lagi dalam kelas. Mesti semua sedang bersiap.

Baru saja dia melangkah masuk, dia nampak Zarryn yang terbongkok mengadap meja. Perlahan-lahan dia intai gadis itu. Zarryn yang ralit menulis sesuatu dalam buku latihan addmath. Riak wajahnya juga serius ketika itu belum lagi pegang kalkulator kira jawapan.

Zarryn tidak sedar akan kehadiran Adam ketika itu, dia ralit menyiap kerja sekolah yang diberikan madame Hasnah. Tengah top speed tu dia siapkan. Dah lah masa dia first, double period lagi kau. Kalau tak garang takpe. Ini kalah beruang liar. Sekali dia jeling dah nampak macam malaikat maut. Kecut perut semua pelajar.

Adam dari tadi intai betul-betul belakang Zarryn. Pelik juga Zarryn tak sedar. Focus gila mengira.

Kakinya diatur ke tempat duduk sambil mengangkat buku tebal itu dan dihempuk pada bahu Zarryn tanpa rasa bersalah. Che 'tan' dah mula perangai dia.

"Aduh sakitlah!" satu pekikkan dari gadis itu.

Dengan wajahnya kelihatan tenang dan bersahaja, tanpa memandang Zarryn yang kesakitan akibat dihempuk, dia melabuh punggung di kerusi bersebelah Zarryn tanpa meminta maaf. Kuanghajo betul.

"Kau pikir bahu aku ini apa? Main hempuk tiba-tiba. Mulut tak reti nak minta maaf ?" bentak suaranya meninggi dengan rasa marah sambil mengosok bahunya yang sakit. Dahlah tension homework tak siap lagi.

Ini semua salah Adam! Penat membebel semalam sampai lupa homework!

Adam mencebik muka, dia menyelongkar laci meja. Ingin mencari buku addmath dan semestinya mahu tiru jawapan Zarryn. Budak pandai sebelah kita kena manfaatkan la!

"Padan muk.. "

Baru saja Adam ingin berpaling ke arah Zarryn ingin mengatakan sesuatu, matanya tertantap pada sehelai kertas. Wajah yang tenang itu jelas kelihatan terkejut apabila dia membaca isi yang tercatat.

WE'RE OVER!

Ayat berwarna merah huruf besar lagi ditulis pada kertas. Dahi Adam berkerut dengan mulut sedikit ternganga.

Seraya itu, telinganya dengar seseorang sedang gelak ketawa dengan kuat. Adam menoleh pada Zarryn dengan muka masih polos sambil tangan memegang kertas. Zarryn sudah gelak awal-awal bila dia terbaca surat itu.

Lidahnya kelu mahu memarahi Zarryn yang sedang gelak padanya. Semakin kuat Zarryn ketawa bila mereka saling berpandangan. Muka Adam betul-betul polos ketika itu.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now