Same date❤️
________________Satu demi satu serangan dilakukan cuba mencari mata. Begitu juga pesaing yang ingin menang. Perlawanan yang sengit, saling tidak mahu mengalah.
Ayshalyn mara dan menghunus saber, tepat pada sasaran mengena pada target.
"Halte!"
Kedua fencer itu mula membuka pelindung muka. Ayshalyn yang kepenatan melabuh punggung atas strip. Dia pandang atas, melihat penonton. Kelihatan rakannya bersorak cuba menceriakan keadaan.
Ayshalyn tersenyum senang, namun senyuman itu pudar apabila terpandang tempat kosong sebelah Evans. Tempat duduk Hayden. Nampak gaya lelaki memang itu tidak hadir menonton pertandingannya.
Dikalih pandangan ke arah lain, jari runcing mengelap bitnik-bintik peluh membasahi dahi. Dia meraup juntaian anak rambut jatuh pada dahi.
Pada masa yang sama, sebuah kereta merah berlogo kuda meluncur masuk dan berhenti di depan pintu masuk bangunan. Seorang lelaki bergegas keluar dari perut kereta dan berlari masuk.
Larian yang pantas cuba mengejar masa, dia rasakan dirinya sudah terlambat. Memang lambat!
"Ayshalyn, are you alright?" perlahan-lahan gadis yang menatap lantai itu mengangguk apabila ditanya. Dia hilang semangat kembali.
"Ayshalyn!"
"Sir, you can't enter this place."
"Please, I need to see her."
Seorang lelaki yang cuba masuk ke gelanggang ditahan oleh dua pengawal. Kuat dia cuba melepaskan diri. Ayshalyn mendongak kepala apabila telinga menangkap bunyi kekecohan.
Matanya tertancap pada lelaki yang bergelut dengan pengawal. Riak wajah lelaki itu nampak cemas dan merayu untuk masuk ke gelanggang.
"Hayden?" soalnya sendiri seolah tidak percaya. Hayden datang ke sini?
Bahunya terasa disentuh.
"Ayshalyn, the game is about to start.." Ayshalyn berpaling arah coach Adrew yang mengarahnya bersedia.
Hayden yang perasan akan Ayshalyn mula bangkit dari tempat duduk terus menolak tubuh pengawal itu. Tanpa berlengah masa lagi, dia berlari mendapatkan Ayshalyn.
Lengan Ayshalyn disambar dan Hayden menarik tubuh ramping gadis itu supaya mengadapnya.
Gadis yang baru ingin bangkit itu terkejut, matanya membulat luas. Cuping telinganya dapat mendengar hembusan nafas lelaki itu. Sangat dekat, kerana dia sekarang berada dalam pelukan Hayden.
Yumi yang tengah bercakap terhenti, mulutnya terlopong luas. Nayla pula merakam satu agedan yang tidak sepatutnya berlaku.
Dalam sekelip mata pasangan itu menjadi tumpuan penonton. Terutama rakannya sendiri yang terkesima dan terkaku akan perbuatan Hayden meluru menarik Asyalyn dalam pelukannya.
"Hayden, let me go." pinta Ayshalyn cuba menolak tubuh Hayden apabila dirinya menjadi tumpuan. Namun apakan daya, dia tidak mampu melawan kudrat lelaki itu. Dakapan Hayden sangat erat.
Hayden tidak menjawab namun dakapan itu semakin kuat membuatkan Ayshalyn sukar bernafas. Sangat erat seolah tidak mahu lepaskan.
"I'm sorry,"
Ayshalyn menelan liur apabila mendengar luahan Hayden. Kaku.
"I know I was wrong.." luahnya sekali lagi dengan penuh kekesalan.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️