0 3 / 0 5 / 2 0❤️
________________Beberapa hari sebelum acara sukan tahunan peringkat sekolah, semua pelajar akan sibuk akan tugasan masing-masing. Sememangnya pelajar akan menghabiskan masa di kawasan khemah mengikut blok asrama yang di diami.
Mereka akan menghias khemah dengan konsep tertentu agar kelihatan lebih cantik. Manakala peserta atau atlet sekolah yang terlibat dengan acara sukan sememangnya sedang berlatih sebelum acara sukan berlangsung.
Tidak ketinggalan, beberapa buah gerai makanan berderet turut dihiasi pelajar. Zarryn selaku penolong ketua pelajar juga sibuk akan urusannya. Lagi-lagi mengenai tempahan poster baru untuk digantikan dengan poster yang diconteng oleh Adam.
Dan seperti biasa, dia juga ditugaskan untuk handle penyertaan acara sukan bloknya iaitu blok Eve. Setiap acara sukan wajib diwakili oleh sekurang-kurangnya seorang dari setiap blok.
"Busy nampak," tegur Ayshalyn kepada Zarryn yang ralit memeriksa fail penyertaan.
"As always.." jawab Zarryn tanpa memandang Ayshalyn terlebih dahulu. Setelah siap menganalisis borang di tangannya, dia berpaling ke arah Ayshalyn.
"Opocot! Assalamualaikum!" Pekik Zarryn terkejut sebaik sahaja memandang Ayshalyn. Mana tak terkejut kalau tengok si Ayshalyn ni yang lengkap mengenakan topi racing sword siap dengan bajunya sekali. Dah terbuang tabiat ke? Mana ada orang keluar dengan pakaian macam ni.
"Waalaikumussalam, " balas Ayshalyn walaupun dia tahu Zarryn bukan berniat ingin menyatakan salam.
"Kau kenapa datang sini? Siap topeng pakaian sekali?" tanya Zarryn. Ayshalyn tersengih.
"Mana Armel? Aku ingatkan dia tengah tolong kau," tanya Ayshalyn apabila sedar si bendul itu tiada disisi mereka sekarang.
Tak ada la malam ni Zarryn merungut lenguh sana sini, banyak kerja kena buat. Ringan sikit beban kalau Armel menolongnya.
"La takkan kau tak tahu, dia join cheerleader tu sana. Si Haznis itu ajak dia join balik cheerleader," jawab Zarryn menyambung memeriksa fail peserta.
Dia lupa mahu memberitahu Asyalyn yang rakannya itu menyertai kembali pasukan sorak sekolah. Armel sememangnya lurus bendul tetapi dia aktif dalam pasukan sorak sejak dia bersekolah di sini dahulu dan masih aktif ketika bersekolah di luar negara.
Jadi tidak hairan lah jika gadis itu menyertai kembali pasukan sorak. Mungkin Armel sendiri terlupa ingin memberitahu Ayshalyn kerana dia sendiri sibuk akan latihan fencing.
Ayshalyn memanjang leher mencari kelihat Armel diantara ahli cheerleader yang berlatih disana. Wajahnya berkerut apabila tidak menemui Armel apatah lagi mendengar suaranya.
"Tak nampak pun," Asyalyn memandang kembali Zarryn dengan wajah tertanya.
"Kau biar betul, dah dekat 40 minit aku dengar diorang berlatih. Takkan si Armel takde. Cuba tengok sekali lagi " Kata Zarryn bersungguh-sungguh menegaskan jawapannya.
"Tak percaya kau tengok sendiri,"
Pantas Zarryn menoleh kearah cheerleader yang sedang berhenti berehat di bahagian tempat duduk penonton. Mata Zarryn menjadi sedikit sepet menganalisis satu persatu pelajar disitu. sah si bendul itu tiada.
"Habis tu dia pergi mana?"
______________
Bunyi kuat derapan kaki seolah-olah sedang berlari. Jantung Armel berdegup kencang, Hatinya terasa gusar tidak tahu apa yang patut dilakukan. Dengan langkah laju dia bergegas turun menuruni anak tangga ke bilik persalinan.Macam mana dia boleh terlupa hari ini ada latihan cheerleader.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️