BAB 47 (COMEBACK)

274 32 4
                                    

Same date❤️
________________

Hujan renyai-renyai membasahi muka bumi. Seorang lelaki dengan kepala dilindungi hoodie sambil memikul beg di bahu. Dia menapak menyusuri lorong sunyi belakang bangunan yang berderetan.

Beberapa tompokan cat putih yang mula menggelupas di dinding bangunan. Bau busuk daripada sampah sarap yang berselerak di atas jalan menjadi santapan hidung.

"Woof! Woof!" Dua ekor anjing mula menyalak dan melolong apabila saat lelaki itu mahu membuka sebuah pintu. Seorang lelaki bertubuh sasa dengan gaya rambut Mohawk diwarna oren menolak pintu besi yang sedikit berkarat. Mengizinkan lelaki berhoodie itu masuk.

Kaki diatur memasuki dalam bangunan. Bunyi teriak ingin melepaskan geram mengisi ruang itu. Lelaki itu mengalih tumpuan pada boxing ring. Dua orang wanita sedang bertinju dalam gelanggang. Satu tumbukan kencang singgah ke muka. Tidak lama itu salah seorang wanita itu rebah, tak bermaya mahu bangkit. Terpaksalah beberapa orang menolongnya supaya berdiri.

"Baru muncul?"

Kedengaran satu suara sinis menegurnya. Lelaki itu memusing badan memandang seorang lelaki berkumis sambil menghembuskan asap rokok. Muka lelaki berkumis itu mempunyai parut di muka dengan sebelah kening dicukur sikit.

Tiada jawapan, hanya hoodie yang melindungi kepala diturunkan. Iris mata kelabu merenung tajam arah lelaki berkumis itu. Senyuman sinis tersunggih di bibir lelaki hadapanya. Dua jari yang mengepit putung rokok kemudian diangkat menghala arah mulut. Dia menghisap rokok sambil membalas renungan.

______________

Ayshalyn menatap telefon pintarnya berharap ada notifikasi dari Hayden muncul. Bunyi gelak tawa daripada beberapa pelajar perempuan yang masuk dalam kelas. Telefon diletakkan atas meja, dia mengalih pandangan merenung angka 40 dalam bulatan merah pada kertas ujian.

"Ayshalyn, kamu sakit ke?"

Pertanyaan Miss Saline bermain dalam kepala. Ayshalyn memejam mata sambil sebelah tangan mengurut dahi. Kejadian yang berlaku pagi tadi dalam bilik guru diimbas kembali.

____________________________________

"Kenapa Miss Saline?" tanya Ayshalyn pada guru kelasnya. Wanita hadapannya nampak serius mampu membuatkan sesiapa berasa gerun. Dari tadi Ayshalyn hanya bermain jari jemari tidak mahu bertentang mata dengan gurunya itu. Dia menunduk kepala.

"Saya dapat laporan dari coach kamu, yang kamu kurang beri tumpuan semasa latihan. Dan yang paling saya tidak sangka ialah markah ujian kamu yang saya jalankan dua hari lepas turun mendadak Ayshalyn! Why Ashalyn? What is wrong with you dear? Apa yang saya boleh cakap, you really look different now, Ayshalyn." Panjang lebar Miss Saline menjelaskan pada Ashalyn. Pelajarnya itu seakan berubah menjadi orang lain. Tidak seperti dahulu yang aktif, cekap dan bijak.

Ayshalyn menjadi gugup tidak berani menjawab. Semakin tertunduk kepalanya tidak mahu memandang wajah Miss Saline. Dia dengar gurunya menghela nafas panjang.

"Ayshalyn, kamu sakit ke?"

Ashalyn mengangkat muka menatap wajah Miss saline. Bibirnya nampak pucat, wajahnya seakan tidak bermaya. Dari segi riak wajah, Ayshalyn sekarang mempunyai masalah.

"Miss Saline,"

Akhirnya Ayshalyn yang diam membisu itu bersuara. Wanita dalam lingkungan 30-an itu memandangnya dengan riak wajah tertanya. Ayshalyn kembali diam membisu. Dari reaksi muka yang sugul, gadis itu benar-benar tersepit dalam masalah.

"Boleh saya keluar asrama, miss?"

__________________________

Ayshalyn menghembus nafas berat apabila teringat kejadian itu. Dia membuka kembali kelopak mata melihat markah yang diperoleh hari ini membuatkan nafas berat sekali lagi terhela.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now