Same date ❤️
_________________Bunyi percikan air sebaik sahaja beberapa pelajar melakukan gaya terjun dalam kolam. Hari ini semua pelajar menengah atas perempuan berada dikolam untuk aktiviti berenang. Zarryn dan Ayshalyn masih berenang di dalam kolam, cuma Armel sahaja yang sudah berenang naik ke atas.
Dia meraup muka yang basah kemudian melabuh pungung duduk di tepi kolam manakala kakinya direndam separuh dalam air.
"Uish budak Mariam dah ready nak terjun tu." kedengaran pelajar sedang berbicara.
Armel memaling muka arah pelajar perempuan sedia untuk terjun atas diving board. Dia nampak pelajar itu menarik nafas sekali kemudian melompat dari atas diving board dengan bergaya. Tanpa rasa gemuruh gadis itu melompat dan melakukan gaya terjun menjunam setelah berpusing-pusing ke dalam kolam.
Kecil dan sedikit percikan serta kocakan air terhasil kesan junaman gadis itu. Membuktikan junaman gadis itu sempurna dan cantik. Kemudian dengan cantik gadis itu berenang ke permukaan air.
Armel nampak seorang jurulatih menghulurkan kain tuala pada gadis itu. Mariam, perenang terbaik West Coast International School. The best knight's swimmer.
"Mariam!" laung Armel pada Mariam yang sedang mengesat tubuh.
Mariam yang menyedari dirinya dipanggil terus menoleh, sempat dia memberikan senyuman dan membalas lambaian sambil melangkah keluar dari kolam.
Aktiviti riadah dilakukan selama sejam setengah sahaja. Kemudian pelajar perempuan boleh menyalin kembali pakaian uniform sekolah masing-masing.
"Wah good improvement ah, tak sempat aku kejar." ngomel Zarryn pada Ayshalyn yang tengah menyarung kot pada badan.
"Lain kali excerise lebih sikit. Ingatkan berlari kejar Adam tiap hari, kaki tu kuat. Main kejar-kejar banyak lagi eh," Usik Ayshalyn seraya senyum mengusik.
"Eh cantik sikit. Kang nanti aku tak kejar Adam, tapi kau yang aku kejar," Zarryn menyepet mata, sambil menunjukkan penumbuk pada Ayshalyn yang menghayun langkah keluar dari bilik persalinan dengan jeliran.
Armel hanya mampu tersenyum melihat gelagat dua rakannya itu. Pintu loker dibuka mahu mengambil pakaian.
"Eh Armel, mana pergi rantai 'mahal' Evans tu? Sejak bila kau tak pakai?" pertanyaan dari Zarryn membuatkan dahi Armel berkerut.
"Aik mana ada, aku pakai je." laju tangan meraba leher. Tetapi dia tidak dapat merasakan rantai dilehernya. Aik takkan jatuh kut.
Cepat-cepat Armel menyarung jaket sekolah kemudian bergegas keluar. Dia menapak ke arah kolam.
Hampir sepuluh minit Armel mundar mandir, terbongkok sana sini mencari rantai lehernya. Mana pula perginya rantai leher itu. Tolonglah jangan hilang!
"Kak Armel buat apa dekat sini?" tanya Hanna kebetulan lalu di situ. Dia nampak Armel cemas semacam je. Dengan pakaian swimming suit tak salin lagi. Nasib ada jaket sekolah dia pakai, tak adalah menonjol sangat.
"I lost my necklace!" suara Armel kedengaran cemas, penat dia pusing satu kolam. Tak jumpa sampai sekarang. Entah dimana jatuh.
Pada masa yang sama, seorang lelaki menapak laju menuju ke kolam dengan muka tegang. Kemarahan bercampur malu seakan mengawal emosinya. Dia perasaan beberapa pelajar yang sedang bersembang sesama menjeling-jeling arahnya. Siap memerhati dari bawah sampai atas lagi.
"Kenapa? Tak puas tenung aku?" kedengaran suara garang milik Evans. Dia tayang muka geram. Lagi geram bila pelajar perempuan itu senyum-senyum semacam. Perasaan malu terselit dalam hati. Siapa tak malu kalau gambar dia tengah mandi di Langkawi tersebar dekat laman social. Apa yang membuatkan dia berasa kesal bila gambar itu diambil Armel.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️