BAB 18 (BALIK)

339 45 27
                                    

Same date ❤️
____________________

Cafe, sejak dari pukul 7 pagi lagi mula beransur-ansur dikunjungi oleh pelajar untuk bersarapan pagi.

Begitu juga Zarryn dan Ayshalyn yang turut mengisi ruang kosong perut mereka disitu. Mereka saling duduk mengadap satu sama lain. Separuh makanan sudah disuap masuk ke mulut Ayshalyn hanya Zarryn saja yang menyentuh sedikit sahaja makanannya.

"Kenapa si Armel tu taknak turun makan sekali?" tanya Zarryn berasa hairan, jarang sekali gadis itu menolak pelawaan mereka turun makan sekali, tak syok la tak cukup geng.

"Aku pun tak tahu, tapi dia ada cakap nak ajak someone makan sekali," jawab Ayshalyn. Anak rambut sedikit terurai jatuh ke bawah diselit pada telinga. Dia menyambung menyuap makanan.

"Nak ajak siapa lagi? Dah la kaki macam tu," tanya Zarryn lagi. Aysyalyn diam tidak menjawab hanya mengangkat bahu seraya menyuap makanan.

Dari sudut hujung bangunan dimana seorang gadis sedang mengatur langkah dengan senyuman tersirat di bibir.

'Hari ni aku akan jalankan misi aku' detik Armel sendiri dengan senyuman meleret menuju ke bilik EB-03 iaitu dimana tiga ketul lelaki itu berada.

________________

Kain tuala yang menutupi separas pingang dikemaskan oleh Evans. Dia baru sahaja selesai membersih diri. Sebelah tangan sedang sibuk mengesat rambut yang serabai basah dengan menggunakan tuala kecil. Anak matanya terpandang susuk tubuh milik Hayden tanpa berkaca mata ralit bermain permainan video di telefon.

"Hayden~ " suara lembut milik Adam menyeru nama Hayden. Laju dia lompat katil lelaki itu sambil memeluk tubuhnya dari belakang. Sudah...mode gay dah on.

"Eh tepi la, pergi sana rimas!" usir Hayden seraya menolak tubuh rakannya ke tepi. Nak je siku singgah ke muka. Geli bodo.

"Abang Hayden... jangan la macam tu. Urmm wangiiiii~" puji Adam mencium bau baju lelaki itu. Bau aroma yang menusuk masuk ke lubang hidung. Kembang kempis dia membau.

Dari jauh Evans yang sudah menggeleng melihat kelakuan dua lelaki atas katil itu. Muka handsome tapi gay.

"Jangan kacau aku la, sekali kau panggil macam tu lebam sebelah mata kau," ugut Hayden. Adam di sebelah mengeleng kepala mengeratkan pelukan. Kepalanya dilentok pada bahu Hayden.

"Ala Abang Hayden macam tak bia.."

"Evans!"

Tombol pintu bilik yang tidak berkunci dipulas dari luar, tersembul kepala Armel yang sudah berseri senyuman memanggil nama Evans. Anak matanya jatuh pada dua figura lelaki yang sedang berpelukan. Automatik mulutnya ternganga ditutup dengan tangan. Riak wajahnya jelas tampak terkejut menyaksikan kelakuan sebegitu.

"Omg gay..." perkataan itu keluar tanpa sedar.

Evans memaling wajah arah pintu yang sudah terbuka luas, bila dia ternampak Armel yang sudah terkejut itu, cepat-cepat dia menyilang tangan menutup dada yang bidang itu. Segan apabila dibiarkan dilihat oleh gadis.

"Kau buat apa dekat sini?!" dia menjerit lantang.

"Aku datang nak ajak kau breakfast,"

"Tapi taktahu pula salah timing.." sambung Armel. Atas bawah dia merenung Adam dan Hayden.

"Eh kau pun satu kenapa tak ketuk bilik orang dulu," ujar Adam dengan suara mendatar. Dia meleraikan pelukannya bersama Hayden. Kacau betul!

"Dah kenapa tiba-tiba nak ajak aku makan sekali? Buang tabiat?" tanya Evans. Pandangan matanya tajam mahu memarahi Armel.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now