BAB 36 (DEMERIT)

233 40 10
                                    

Same date❤️
_________________

Demerit Horizon International Academy

-Kensley Hartson
-Aiden Anderson
-Madison Martinez
-Marcus Miller
-Evans Lawrence

Armel berhenti membaca  list nama pelajar yang dikenakan demerit. Hari ini sehari suntuk Evans  tidak masuk dalam kelas. Hanya dia seorang sahaja didenda membersihkan  tandas dan mengutip sampah di sekitar sekolah.

Rasa bersalah mula menghuni hati. Armel mengambil keputusan ingin mencari Evans.bDia menapak ke arah belakang bangunan sekolah dimana bilik stor berada. Mana tahu dia terjumpa Evans disitu.

Memang betul jangkaannya, dia nampak Evans sedang mengangkat kotak dan alihkannya.

"Evans!" sergah Armel cuba menceriakan keadaan. Tapi, terima kasih je la. Nothing change.

Evans pandang dia  sepintas lalu kemudian menyambung kerja. Armel mencebik mulut. Dia duduk di atas kotak yang sudah dibuka lipatan. Ditunduk kepala sambil main jari. Drama queen sangat. Evans perasan tapi dia buat tak nampak. Nak  cari attention lah tu.

"Kau buat apa dekat sini?" akhirnya Evans bersuara. laju je Armel angkat muka berseri bila Evans tanya.

"Teman kau la,"

Evans mengerut dahi, dia pandang Armel dengan muka serius. Kepala hotak dia teman!

"Tak payah teman aku, go back to the class."

"But, all classes are already dismissed. Semua dah balik masuk dorm." jawab Armel, ada je jawapan minah ni nak  jawab. Takkan nak halau pulak.

Evans diam, dia menyusun  kotak dan botol untuk dikitar semula. Kemudian dia memakai sarung  tangan. Baldi dengan mop diambil. Tidak lama itu dia keluar dari bilik stor, Armel membuntut dari belakang.

Evans membawa masuk baldi dalam bilik tandas. Baru sahaja Armel mahu menapak masuk, dahinya  dihalang dengan telapak tangan Evans.

"Tak nampak ke?" marah Evans menunding jari arah papan tanda.

Male's Washroom

Armel ini perempuan, dah tahu perempuan tak payah terhengeh-hengeh ikut dia masuk sekali lah!

Ini mesti rasa serba salah and nak korek kejadian semalam. Kalau bukan sebab dia, mesti Evans tak  kena denda dan tercatat dalam sejarah Evans kena dimerit, cukup la dengan kem akhlak hari tu.

"Pergi sana! kau..." Evans tunduk melihat garisan antara pintu tandas dan luar.

"Jangan cross line ni pun!" pesan Evans dengan lirikan tajam, dia bawa baldi dalam tandas.  Hari ini dia kena cuci tandas. Kembang-kempis hidung tahan bau haruman tandas lelaki ini. Macam mana la makcik-makcik cleaner buat kerja.

Hampir setengah jam, Evans keluar dari tandas. Baru selesai cuci tandas. dia tertoleh ke kiri  dan ke kanan. tak nampak pun kelibat Armel. Ingatkan dia tunggu tapi batang hidung pun tak nampak.

"Kau cari aku eh?" tanya Armel yang menapak mendekati Evans. Dia pergi tandas tadi, lama sangat tunggu Evans.

"Tak ada makna." balas Evans dia angkut baldi dengan mop ke stor untuk disimpan. Armel? dia ikut je dari belakang.

Kemana-mana saja Evans berjalan, ditemani bodygruad yang tidak berbayar. Siapa lagi kalau bukan Armel. Dia ikut je Evans. Sampailah kaki Evans berhenti melangkah di mesin air. Dia haus sebenarnya, itu yang berhenti sekejap nak beli.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now