Same date ❤️
_________________Bola dilantun menyentuh permukaan simen gelanggang bola keranjang terbuka di luar bangunan. Earphone disumbat kedua-dua belah telinga. Lagu rancak didendangkan menyemarakkan semangat Adam untuk bermain bola keranjang.
"Adam! Adam!"
Telinganya masih dapat menangkap suara memanggil namanya dari jauh. Tidak pasti itu sorakkan baginya atau tidak. Dia sedar beberapa pelajar perempuan berada berhampiran setia memerhatinya yang sedang berlatih.
Laungan itu cuba dihiraukan. Matanya tertumpu pada sasaran sambil menganggar jaraknya untuk menyumbat bola masuk ke dalam jaring. Dengan langkah bergaya sudah dipelajari sebelum ini, kakinya pantas mengorak langkah ke jaring. Apabila hampir sampai ke jaring, lekas dia melompat menyumbat ke jaring.
Adam tersenyum lebar berharap bola itu masuk ke dalam jaring. Bola itu berputar atas rim beberapa saat sebelum dia bergerak jatuh ke bawah.
Tidak masuk.
Riak wajah Adam yang ceria berubah mendadak. Bola itu jatuh ke bawah bergolek pelahan kearah kakinya.
"Okey game tamat, dia tak pro pun. Sila balik ke kelas semua,"
Satu suara mengarahkan pelajar yang menonton latihan bola keranjang Adam beredar dari situ. Adam menanggalkan sebelah earphone seraya melihat Zarryn yang sedang bercekak pinggang memandangnya dengan muka singa.
Zarryn yang segera datang ke gelanggang bola keranjang sebaik sahaja mendapat report daripada pelajar lain menyatakan bahawa beberapa pelajar perempuan sengaja ponteng kelas dengan meminta izin guru untuk pergi ke tandas semata mata mahu menonton Adam berlatih.
Biul agaknya otak masing-masing, dengan matahari terpacak atas kepala macam ni. Tak habis pikir aku.
"Apa masalah kau?" rungut Adam.
"Kau tu bermasalah. Sekarang waktu belajar. Lagi satu, mana ada orang main basketball tengah-tengah panas ni! Aku tahulah ni sekolah bapak kau. Tapi aku dah ditugaskan oleh bapak kau sendiri untuk jadi babysitter tak bergaji kau. So sekarang, masuk kelas!"
Marah Zarryn dengan nada tinggi. Mahu terkeluar anak tekak, siap ditunding jari kearah jam pada pengelangan tanganya yang menunjuk pukul 12 tengah hari.
Semua pelajar sudah berada di kelas masing-masing. Hanya lipas sekor ni je masih merayap dekat gelanggang luar bangunan buat apa?!
__________
"Kau tengok tu. Tu adalah assistant kesayangan aku, Zarryn Lydia," kata Evans kepada Hayden. Mereka menjadi permerhati tidak berbayar, sekadar memerhati tingkah laku dua orang tersebut dari kelas mereka di tingkat 1. Gelanggang terbuka basketball dapat dilihat dari kelas mereka.
Beberapa pelajar yang turut berada dalam kelas juga memerhati mereka. Hayden sekadar mengangguk kepala.
"Dan untuk pengetahuan kau Hayden, yang haiwan perosak yang kerja merosakan nama sekolah kita je dan musuh tradisi si Zarryn yang selalu cari pasal dan masalah. Hah tu dia, our Adam Rizal, "
Evans menunding jari kearah Adam yang sedang bertikam lidah dengan Zarryn. Sudah menjadi perkara biasa mereka bergaduh. Kalau sehari tiada pergaduhan antara mereka, menjadi satu keajaiban bagi penghuni sekolah ni.
__________
"Kau masuk kelas sekarang," arah Zarryn dengan keras.
"Sibuk la kau," rungut Adam sambil mengemas barangnya di bangku. Kali ini dia mengalah akan perintah Zarryn. Apa? Ingat dia tak reti letih ke nak main kejar-kejar selalu?
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️