BAB 61 (LOVE)

491 31 10
                                    

Bab 61

p/s; Holla fellas! This story isn't end yet guys. I'm sorry about the 'end' jokes yesterday. Thanks for following this story up, guys. I really appreciate it. So much! Don't forget that i also love you guys so much!

Oh, happy 1st of July everyone! So, happy birthday for those that celebrate it today!

xoxo.

0 1 / 0 7 / 2 0❤️
_________________

Trett!

Segala pergerakan juga lantunan bola perlahan-lahan berhenti. Semua lelaki yang berbaju kelabu putih bertulis 'Knight' berdiri sebaris menghadap 3 orang lelaki. Salah seorangnya yang meniup wisel tadi, Coach Harris.

"Alright guys, keep up the good performance! The big game is around the corner, Knights! Forget about everything that disturb you. Focus on the game, focus on the champion title! This is your last game before you leave WCIS. Remember." Coach Harris memberi pesanan serta semangat pada team basketballnya. Semua ahli kelihatan mengangguk faham.

"Captain!" Coach Harris berpaling pada Adam.

"Semangat members, bergantung kepada semangat awak. I know you such a good captain and please pastikan ianya berterusan." pesan Coach Harris lagi.

"I will, coach." Adam membalas seraya mengangguk sekali. Coach Harri mengangguk-angguk.

"Alright, dismissed." kata coach lagi seraya melangkah pergi dan dengan itu, habislah latihan mereka pada hari itu.

Hari ni, dari pagi lagi mereka dikerah untuk ke gym bagi memulakan latihan bola keranjang. Big game 2 hari saja lagi. Segala pergerakan seharusnya diperkemaskan.

Adam meraup rambut basah dek peluhnya. Dikerling jam di tangan.

11:15 a.m

Dia melangkah ke arah bangku yang menempatkan beg sukannya. Belum sempat Adam duduk, ada yang menegurnya.

"Hai Abang Adam.. em, kami nak bagi ni kat Abang Adam."

Adam berpaling ke belakang dan kelihatan 3 orang gadis tersipu-sipu malu di hadapannya. Gadis yang berada di tengah itu menghulurkan sebotol air mineral untuknya.

"Abang Adam kan penat berlatih tadi... so, minumlah.." kata gadis itu lagi.

Adam tersenyum kecil. Tangan menggapai huluran gadis itu. Menerima. Teruja 3 gadis itu dengan penerimaan Adam.

"Thank you. Susah-susah je." ucap Adam sambil tersenyum. Lagi tersipu-sipu 3 gadis itu dibuatnya.

"Em.. Abang Adam... saya pun ada air untuk Abang Adam. Spesial lagi! Tak nak ambil yang saya juga?"

Tiba-tiba ada satu lagi huluran botol air dari arah belakang. Adam berpaling lalu terbatuk-batuk. Tercekik air liur sendiri. Alamak, nenek sihir cantik dah sampai!

"Er dik, abang puasa hari ni. Tak apalah awak minum jelah air ni. Share 3 orang. Dah-dah pergi," halau Adam kalut selepas memberi semula botol air mineral itu. 3 gadis itu mengerut dahi hairan seraya memuncung mulut. Ish! Kak Zarryn ni kacau lah!

Dia nampak Zarryn menapak ke arahnya.

"Masuk kelas, " pesan Zarryn menyuruh pelajar itu masuk kelas. Perlahan-lahan Adam berpaling semula ke belakang dan tersengih comel.

"Hai puteriku. Dah lama kat sini?" tanya Adam dengan riak serba salah.

Zarryn silang tangan seraya memuncungkan mulut.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now