1 6 / 0 6 / 2 0 ❤️
_________________Seorang gadis menapak masuk dalam bilik audio sekolah. Dia menghempaskan punggung kemudian menghidupkan alat-alat tersedia dalam bilik tersebut. Mikrofon dibuka sebelum dia mengerling ke arah Nayla yang tersenyum sebelahnya. Nayla memberi isyarat mata supaya mulakan. Yumi mengangguk kepala mengerti sebelum mulutnya mula bicara.
"Hello and good morning Knights!"
Serentak itu suara mereka bergema seluruh sekolah. Sudah menjadi kebiasaan warga WCIS mendengar ucapan selamat pagi dan bicara ringkas daripada Yumi dan Nayla.
"Hi Knights, I'm Yumi!" Kali ini suara lantang dari Yumi. Gadis itu tersengih memandang Nayla.
"And, I'm Nayla your favourite emcee!" Kedengaran suara Nayla pula.
"So today Knights, I'll broadcast the song as usual, to keep up your day. Bukan crush je boleh naikkan semangat ya. Sudahlah melting, tak takut kena reject ke nanti." Selamba Nayla berkata tanpa ragu-ragu.
Automatik pelajar pelajar yang sedang menyorok belakang dinding, mengelamun dalam kelas dan mengintip crush mereka dalam diam, terhenti. Mereka semua tersentak. Memang nak kena Yumi dengan Nayla ni. Siap gelak-gelak lagi.
Zarryn mengerling ke arah gadis yang berpakaian baju PE di sebelahnya. Armel yang sekadar mengenakan jacket pendidikan jasmani sekolah, dari tadi matanya langsung tidak terlepas menatap skrin telefon. Entah siapa yang bermesej dengannya.
"Dari 'peminat' kau lagi ke?" teka Zarryn, maklumlah semalam Armel bagitahu ada orang cuba ugutnya melalui pesanan ringkas. Rupanya 'peminat' dia tu sebenarnya haters. Tapi Armel boleh lagi layan siap tersenyum seperti tiada apa yang berlaku. Hairan sungguh Zarryn. Kalau dia, dah lama cari orang yang berani beri ugutan itu. Mesti junior sama sekolah mereka. Berlagak macam crush tu milik diorang!
"Bukan la. Evans," Armel menggeleng kepala menafikan. Dia tengah membalas mesej dengan Evans Uzair sekarang. Malas dia mahu melayan kerenah haters tidak bermoral itu. Dengki je kerja, haih apa nak jadilah.
"Untunglah ada boyfriend.. Aku crush pun tak notice," Kata Zarryn dengan mendatar mengenang nasib. Itulah Zarryn, crush mana sukakan kau balik kalau tiap-tiap hari marathon kejar Adam Rizal. Paling tak pun bergaduh je dengan lelaki tu.
Armel memandang Zarryn yang memuncungkan mulut. Dia senyum subing seraya menghulurkan tangan.
"Meh sini phone kau,"
Kening Zarryn terangkat. Nak buat apa dengan telefonnya?
"Nak buat apa?"
"Bagi jelah,"
Zarryn menyeluk poket, kemudian dia serahkan telefon dalam keadaan teragak-agak pada Armel.
Armel membuka aplikasi Whatapps. Soal password dalam telefon Zarryn? Dia tahu. Alah tarikh birthday dia je pun. Kalau dia tukar sekali pun password, paling tidak 1234 je. Kau fikir Zarryn ni jenis complicated?
"Apa nama nombor Qairul kau save?" tanya Armel tanpa memandang Zarryn. Matanya masih terlekat pada skrin telefon. Zarryn mula sangsi, rakannya itu mahu buat apa sebenarnya? Siap tanya nama nombor Qairul yang dia simpan.
"Erk, Inchi Crush ada love merah.. " jawab Zarryn mengosok leher, segan pula bila ditanya begitu. Armel hanya mengangguk kepala. Wajahnya serius sedang menitip pesanan. Selang beberapa minit, dia hulurkan kembali telefon pada Zarryn.
"Done." dengan muka selamba Armel berkata. Zarryn pandang muka keliru berasa suspen.
"Kau buat apa?"
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️