BAB 14 (MEET)

376 53 13
                                    

Same date ❤️
___________________

"Kamu boleh berehat dekat sini. Jangan pergi mana-mana. Nanti lagi sakit kalau banyak pergerakan," nasihat Doktor Ramlah yang baru saja merawat kaki Armel yang terseliuh itu.

Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket baju dengan senyuman. Gadis sekadar mengangguk kepala memahami.

Tidak sampai beberapa minit doktor itu beredar, terus Armel memanjangkan leher. Dia menjenguk kepala ingin mengintai doktor itu berada di mana.

Langsir yang berterbangan menutupi bilik rawatan ditiup angin terus diselak oleh Armel. Suasana sekolah yang masih sibuk aktiviti sukan memudahkan dia ingin melarikan diri dari situ.

Perlahan-lahan kaki yang elok diletak atas bantal itu diangkat turun ke bawah.

Baru saja dia ingin melangkah, dia dapat merasai kesakitan di buku lalinya. Dia teringat akan pesan Evans untuk tidak banyak bergerak, sebelum Evans meninggalkannya di sini untuk bersedia memulai acara sukan memandangkan Evans salah seorang atlet lari pecut blok mereka.

Dari mimik wajah Armel, dapat menggambarkan dia sedang menahan kesakitan. Namun, dia menggagah diri jua untuk berjalan.

_____________

"Rosak semua persembahan yang kita berlatih, penat-penat selama ni!" rungut Melly meneguk air dengan rakus. Tekaknya berasa perit ingin menyalak pada gadis bernama Armel merosakan persembahan mereka.

"Kan! Buat penat je kita berlatih. Menyalak macam orang tak betul. Tengok-tengok hancur macam tu je," sokong Fady duduk bersilang kaki di samping Melly.

"Betul tu. Kalau dah tahu tak boleh seimbang badan. Tak payah tergedik ambil part tu. Buat malu je muka," sambung Sera yang duduk mengadap antara mereka berdua. Pelajar lain sedang menukar pakaian mula terasa ternganggu akan perbualan makcik GGG ini.

"Aku sokong! Kalau jatuh masa berlatih pun aku dah rasa malu. Ni pula jatuh depan public mana nak sorok muka. Dah macam nangka busuk bergolek!" serentak mereka bertiga ketawa mengilai, mengetawakan gadis sepasukan malang mereka itu. Pelajar lain berada di situ hanya mengeleng kepala.

Tanpa mereka sedari, seseorang sedang memasang telinga mendengar semua perbualan mereka.

Armel yang menyembunyikan diri disebalik pintu bilik mendengar segala percakapan buruk mengenai dirinya. Kepalanya sedikit tertunduk menatap lantai.

Dia yang baru saja ingin memohon maaf akan
kesilapannya itu terhenti. Hatinya terasa dibelit rasa pedih teramat. Segala ayat yang terkeluar dari mulut mereka seperti memanah hatinya tanpa henti.

"Kak Armel?"

Satu teguran meyapanya. Armel berpalinhg. Haznis.

"Kak Armel buat apa dekat sini?" tanya Haznis yang kebetulan lalu di situ. Dia sedang membimbit beg pakaian. Gayanya ingin menukar pakaian di bilik persalinan.

Armel diam membisu, langsung tiada sepatah perkataan terkeluar dari mulut. Gadis itu mengangkat wajah mempamerkan senyuman kelat, cuba menyembunyikan pedih menggores hati.
Bebola matanya tampak merah mahu menangis.

Tanpa membalas sebarang jawapan, dia beredar dari situ meninggalkan seribu pertanyaan bermain di minda Haznis. Hairan, seniornya itu jarang sekali bersikap dingin seperti itu.

Armel menghayun langkah tanpa hala tuju. Berjalan dengan kaki yang berasa ngilu sakit, mengikut gerak hatinya saja. Wajahnya muram, tidak dapat disembunyikan. Ikutkan hati mahu saja dia menangis itu situ sekarang.

Satu langkah diatur hingga langkah terhenti. Belakang bangunan sekolah, sunyi tanpa suara pelajar lain. Di mana pelajar lain sibuk akan aktiviti di depan. Jadi dia mengambil keputusan untuk duduk disitu.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now