0 9 / 0 6 / 2 0 ❤️
_________________Zarryn membuka kelopak mata, perlahan-lahan dia bangun kemudian menggeliat. Senyuman mekar dibibir. Dia membuka tingkap bilik dan menghirup udara segar.
"Happy birthday mama Zarrynku!" Satu teguran didengar dan Zarryn terasa tubuhnya didakap kemas dari belakang. Zarryn berpaling arah pemilik suara. Armel yang memeluknya dan Ayshalyn yang tersenyum manis di tepi. Zarryn turut menguntum senyuman.
"Thank you love!" Zarryn mengheret kedua-dua sahabatnya ke dalam dakapan. Kejap.
Best friend hug! 2.0
Ketika itu, mereka baru sahaja sudah bersiap untuk ke sekolah dan turun untuk sarapan.
"Eee tak sabarnya nak balik hari ni. Lepas tu pergi birthday party kau esok! Arh excited!" Armel dah terlompat-lompat tak sabar untuk majlis esok.
Ya. Zarryn akan adakan party hari jadinya esok di kediaman kedua ibu bapanya. Zarryn sudah memberitahu awal-awal lagi pada Ayshalyn dan Armel akan majlis yang akan diadakan itu. Kebetulan pula hari minggu dan minggu itu adalah minggu pulang ke rumah. Sangat kena dengan masa!
Mereka bertiga berjalan menuju ke kelas selepas habis bersarapan tadi di cafe. Armel masih lagi teruja dengan majlis hari jadi Zarryn yang akan diadakan. Maklumlah, sejak dia berpindah dah lama dia tidak menyambut hari jadi rakan-rakannya. Tu sebab excited terlebih!
Ayshalyn dan Zarryn hanya tersenyum dengan perangai Armel. Dah masak dah. Perangai budak-budak dia tak habis lagi. Dari dulu sampai sekarang. Tapi, tak dinafikan bahawa Armel tu 'mood maker' mereka. Sikapnya yang sentiasa ceria dan bertenaga membuatkan orang sekeliling juga turut dapat merasainya. The good vibes..
______________
Adam membuka pintu loker untuk mengambil tie dan buku bagi sesi pembelajaran pada hari itu. Sedang dia mengikat tali leher di hadapan cermin yang dilekat pada pintu loker itu, dia terdengar suara-suara di sebelah lokernya.
"Eh invitation card untuk ke birthday Zarryn lah esok! Wah. Kau dapat tak?" Kedengaran suara gadis yang berbual dengan rakannya di sebelah loker Adam.
Adam mengerutkan dahi. Invitation card? Terus dia mencari-cari invitation card Zarryn di dalam lokernya. Kerutan bertambah. Habis segenap ceruk dia cari, tapi tiada. Belek-belek buku takut terselit. Tapi tetap tiada. Eh? Dia lupa kut.
"Hai korang! Dapat tak invitation card I?" tiba-tiba satu suara yang sangat dikenali Adam, datang menyapa dua gadis di sebelah lokernya itu. Adam berpaling untuk melihat gerangan yang menyapa tadi. Betullah si Zarryn. Ditangannya terdapat clipboard.
"Ha ya. I dapat Zarryn. Thank you jemput kami. By the way, happy birthday to you," gadis itu mengucapkan selamat hari jadi pada Zarryn.
"Thank you. Jangan lupa datang tau! I jemput ni tak ramai. Yang I kenal and rapat je," balas Zarryn sambil tersenyum. Dua gadis itu mengangguk. Semasa dua gadis itu berlalu di hadapan Adam, sempat mereka berdua menegur Adam yang sedari tadi tercegat kat loker tu.
"Oh by the way, happy birthday to you too Adam," dan dua gadis itu berlalu. Adam sempat mengucapkan terima kasih dan tersenyum.
Zarryn melihat Adam. Mereka saling berpandangan buat seketika. Zarryn mengeluh bila teringat yang hari ni juga merupakan hari jadi Adam Rizal.
Ya. Tarikh lahir mereka jatuh pada hari dan tarikh yang sama. Sigh..
"Kenapa aku takda pun card tu?" tanya Adam sambil menyandarkan bahunya di loker. Dia lihat Zarryn tersengih kejap sebelum clipboard di tangannya ditunjuk pada Adam.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️