Same date❤️
____________________Waktu malam menjelma. Suasana sekolah yang dipenuhi gelak ketawa pada waktu siang kembali sunyi. Hampir keseluruhan lampu di blok asrama sudah dipadamkan hanya beberapa bilik yang masih terang.
Sejak kes curi harta benda milik guru dan pelajar terjadi, setiap malam akan ada sekumpulan pelajar lelaki yang mempunyai tidak lebih empat orang ahli ditugaskan oleh guru untuk mengawal sekolah mengikut jadual secara bergilir.
Adam dan Evans yang merupakan salah seorang ahli kumpulan yang terpaksa bertugas mengawal kawasan blok. Manakala pengawal akan mengawal di kawasan lain. Hayden pula tidak mempunyai tugas lagi.
6 missed call - LieyaDarling
Adam membaca pemberitahuan panggilan terlepas daripada telefonnya. Dia sengaja tidak mahu menjawab panggilan tersebut. Serabut dengan sikap gadis gedik seperti Alieya.
Lantas tangannya sibuk menconteng sesuatu pada poster di dinding.
"Jawab jela. Pipi merah sebelah tak cukup lagi?" usik Evans seraya membaca pemberitahuan panggilan terlepas terpapar pada skrin telefon Adam. Usikan Evans mendapat jelingan maut dari Adam. Lekas telefon disembunyikan di poket seluar.
"Kau nak rasa juga ke?" balas Adam berasa geram dengan Evans yang menjengkelkan itu. Dia menyentuh pipi kanan yang ditampar.
Dia memandang Evans sedang bersandar di dinding sambil terkekeh ketawa membuatkan dia bertambah geram. Silap hari, kaki kanan ini dihayun ke muka kawan karibnya ni.
Adam masih lagi lincah menconteng sesuatu.
ADAM
Adam mencoret tandatangan miliknya hujung poster. Dia senyum jahat tidak sabar menunggu esok.
***
Mereka berjalan menaiki anak tangga satu persatu untuk menuju ke arah blok Steeve bahagian perempuan. Adam melihat jam pada pergelangan tangannya sudah menunjuk pukul 10 malam.
Sreet sreet
Langkah mereka terhenti secara tiba tiba setelah telinga menangkap sesuatu bunyi seperti seretan pada lantai. Evans dan Adam berpaling satu sama lain secara serentak.
Dengan rasa ingin tahu, lampu suluh ditangan masing-masing segera disuluh ke arah bunyi itu datang walaupun laluan itu sudah diterangi lampu.
"Siapa tu?" tanya Evans memberanikan diri. Adam di sebelah berpaling sambil mengangkat kening. Tiada jawapan dibalas, bunyi seretan yang berdekatan itu lenyap serta merta.
Namun, bunyi tapak kasut berlaga dengan lantai jelas kedengaran bergema dikawasan tersebut. Lebih mengejutkan, bunyi kasut itu sepertinya menuju kearah mereka berdua.
"Pergi masuk bilik masing masing kalau tak nak dimerit!" ugut Evans bersuara keras menyangka bunyi tapak kasut itu daripada pelajar perempuan blok steeve.
"Entah, ada bilik taknak masuk," Adam berlagak berdisplin menyokong Evans. Kedengaran bunyi tapak kasut itu bertukar arah berserta bunyi seretan sesuatu. Senyuman berani terukir dibibir lelaki itu. Lantas Adam mengajak Evans untuk beredar dari situ. Ketika mereka hendak berendar dari situ,
"Amboi garangnya,"
Muncul satu suara sekali lagi memberhentikan langkah. Adam dan Evans menoleh kebelakang, seorang perempuan berpakaian biasa, rambut yang panjang beralun melebihi paras bahu dibiarkan lepas sahaja. Sebuah beg bagasi besar disisi dengan riak wajah masam mencuka.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️