28/8/2021🤍✨
6 YEARS LATER
Sebuah kapal terbang berkode BA selamat mendarat di lapangan terbang kuala lumpur. Berpusu-pusu penumpang daripada kapal terbang itu turun dan menuju ke balai utama KLIA.
Hari yang ditunggu telah tiba,
lengan baju dilipat paras siku, jam berjenama ted baker dikerling sepintas lalu. satu senyuman manis terukir sebaik melihat jam itu.
bunyi beg bagasi seakan menghampiri, Adam yang sedang melipat lengan baju menoleh ke sisi. pandangan terarah akan seorang gadis cantik berpakaian dengan cermin mata disemat pada batang hidung. rambut yang terjutai ke dahi disisip ke belakang.
"dah lama tunggu?" selamba gadis itu menyoal tatkala Adam memandangnya. lelaki yang sedang bersandar di kereta itu sekadar menguntum senyuman.
"hmm, lama. sampai 6 tahun" jawab Adam mencebirkan bibir nadanya seakan merajuk. Zarryn tergelak kecil, ditenung lembut raut wajah lelaki itu.
"sorry sayang..." ucap Zarryn dengan lemah lembut. matanya redup merenung Adam. Dari reaksi wajah Zarryn, dia kelihatan amat berasa bersalah.
Adam membetulkan posisi, pandangan mereka segaris lurus.
" to keep you waiting for long" sambung Zarryn, sempat bibir menguntum senyuman hambar melihat wajah dirindui itu.
Adam turut tersenyum lucu mendengarnya. dia bergurau saja lah!
"I just kidding, please don't take serious okey" jelas Adam tidak mahu Zarryn rasa bersalah.
"dah jom, Adam nak bawa Zarryn pergi tempat special" pesan Adam membawa beg ke bonet. Zarryn mengangguk kecil, memerhati Adam yang meletakkan bagasinya dalam bonet.
Kereta Mercedes Amg Gt milik Adam direnung. Timbul satu idea di benak kepalanya. Satu senyuman nakal terukir sebelum kedengaran suara lantang Zarryn memberitahu sesuatu.
"Adam, hari ini orang nak drive!" Ujar Zarryn terus masuk dalam perut kereta.
"okey..."
"Eh apa?!" Panik Adam.
_______________________________
Bunyi pintu butik dikuak dari luar membuatkan Puan Sri Muzifah yang ralit melayan pelanggan berpaling. Seorang lelaki segak berpakaian dengan gaya potongan rambut savvy. Lelaki itu juga melemparkan senyuman manis.
Puan Sri Muzifah turut membalas senyuman lelaki itu. entah mengapa setiap kali melihat raut wajah lelaki itu, hatinya berasa tenang. Mungkin kerana lelaki itu bakal menjadi sebahagian keluarganya nanti.
"Assalamualaikum mama" ucap lelaki itu penuh sopan santun, semakin lebar senyuman Puan Sri Muzifah mendengar salam lelaki itu.
"waalaikumussalam, menantu mama cari Asyalyn ke?" teka Puan Sri Muzifah. Tahu sahaja tujuan Hayden Ziyyad ke butiknya. Sudah tentu mahu mencari Anak daranya. Maklumlah, Asyalyn lepas habis belajar tolong ibunya dekat ibu sahaja. Katanya bosan duduk dekat rumah.
Hayden mengaru pipi tidak gatal, segan pula dipanggil menantu. Sejak dia rasmi menjadi tunang Asyalyn Emane. Ibu gadis itu selalu mengusiknya dengan gelaran menantu.
Pelahan-lahan Hayden mengangguk. Kelihatan Asyalyn asyik mengira sesuatu sehingga tidak menyedari kedatangan Hayden di butik.
"pergi kacau dia, mama rasa dia tak perasan kamu datang" ujar Puan Sri Muzifah mahu menyakat Asyalyn. sibuk mengira apa sampai tak perasan Hayden datang. Macam kira ekonomi negara.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️