Same date❤️
________________WCIS News
Salah seorang Knight adalah MMA fighter dan baru sahaja dinobatkan sebagai juara di MMA Championship baru-baru ini! Menarik bukan?
Artikel itu menjadi topik perbualan hangat di kalangan warga WCIS. Mana tidaknya, seseorang yang dimaksudkan itu ialah Hayden Ziyad! Lelaki yang berlindung di balik kaca matanya. Sangat tak percaya!
Suasana di laluan utama yang menempatkan loker dan ramai pelajar di situ beransur-ansur senyap. Semua mata memandang ke arah seorang lelaki yang berpakaian sweater sekolah melangkah dengan beg dipikul sebelah bahu. Itu dia, hero sudah muncul!
Zarryn, Armel dan Ayshalyn yang turut berada di loker itu juga memandang ke arah Hayden. Mata Ayshalyn redup melihat wajah Hayden yang dingin. Tetapi bila mata lelaki itu turut memandangnya, wajahnya berubah mendung.
Kaki sama-sama terpasak. Tubuh sama-sama terkaku. Mata saling menusuk. Memandang satu sama lain dengan perasan yang bercampur-aduk. Lama. Sunyi. Mereka bagai di dunia mereka sendiri. Menatap wajah sesama sendiri dengan pelbagai rasa.
Sehinggalah Hayden terasa bahunya ditepuk dari belakang lalu hoodie dan lengannya terasa ditarik. Hayden berpaling. Kelihatan Adam yang menarik hoodienya dan Evans yang menarik lengannya. Entah ke mana.
Ditoleh kembali ke arah Ayshalyn. Gadis itu masih memandangnya dengan mata redup dan wajah yang mendung. Kaki masih terpasak di situ. Sehinggalah gadis itu hilang dari pandangannya akibat ditarik dua ketul tu.
_________________
Adam tolak tubuh Hayden supaya duduk. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapan Hayden manakala Evans berdiri sambil menyeluk kedua belah tangan ke dalam poket. Muka masing-masing serius. Hayden memandang dua rakannya yang berdiri teguh di hadapannya. Bagai seorang pesalah.
"Sekarang, aku nak kau cerita siapa kau sebenarnya. Dan kenapa kau tak bagitahu kitorang awal-awal pasal semua ni." kata Adam serius. Masih berpeluk tubuh. Evans mengangguk setuju. Sesungguhnya, mereka masih terkejut dengan kenyataan ini.
Hayden menekup muka lalu meraup wajah dan rambutnya. Mengeluh. Dia berdehem sekali dua sebelum memulakan cerita. Bercerita dalam terpaksa. Argh, serabut!
_______________
Armel menatap kertas di tangannya. Borang kemasukan ahli kelab drama. Ya, borang Hanna tempoh hari. Gadis itu tidak mengambil semula borang itu walaupun sudah dihulur Armel. Sekarang, borang itu ditangannya kerana dia perasan borang itu tersadai dalam lokernya ketika dia menyusun buku di dalam loker pagi tadi.
Tapi, itu bukan masalahnya. Yang menyebabkan Armel tenung tak lepas borang itu adalah kerana maklumat yang tertera di atas kertas itu. Terdapat maklumat diri termasuk nombor telefon.
Dia perasan yang nombor yang ditulis di situ, sama seperti nombor yang tertera di telefonnya. Bukan nombor telefonnya, tapi nombor telefon dari 'peminat' dia yang selalu kacau dan ugutnya. Tapi nombor Hanna dulu lain.. Dia tukar nombor ke? Tapi takkanlah.. tapi dia perasan yang Hanna berubah dingin dengannya. Tapi..
Armel kerling jam di pergelangan tangan. 9:45. Nice! Ini masa rehat junior. Sangat kena dengan masa bila sekarang pun kelasnya tiada guru. Cuti sakit. Terus dia bangun dan melangkah.
________________
Seorang gadis menyapu sampah seorang diri sementara yang lain keluar ke kantin untuk rehat. Hari ini merupakan hari dia bertugas mengikut jadual tugasan. Jadi, dia ambil kesempatan masa rehat untuk melakukan tugasnya.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️