BAB 50 (FIND OUT)

252 32 8
                                    

1 9 / 0 6 / 2 0 ❤️
__________________

Bunyi air horn membingitkan telinga menandakan acara bermula. Serentak itu beberapa pelajar mula berlari. Armel turut menyertai larian itu, termengah-mengah dia berlari ingin menyudahkan larian. Walaupun dia ahli cheerleader tapi kalau melibatkan acara balapan, memang dia surrender. Tak mampu!

Kaki berhenti melangkah, tubuh sedikit terbongkok dengan kedua belah tangan memegang lutut. Tercungap-cungap nafas tidak terkawal. Anak rambut didahi mula basah dek peluh merinik. Anak matanya tertacap pada tubuh Evans yang berada berhampiran. Lelaki itu turut memandangnya, riak wajah tampak risau melihat Armel sekarang.

Segaris senyuman di bibir Armel sebelum tubuhnya rebah ke tanah. Dia pengsan!

Armel mencelik sedikit kelopak mata mahu mengintai. Tubuhnya terasa ringan seolah diangkat. Evans, lelaki itu yang mengangkat tubuhnya apabila dia terjelepok pengsan tadi. Direnung muka lelaki itu dalam diam. Wajahnya tampan walaupun dilihat dari bawah.

Laju Armel menutup mata kembali apabila lelaki itu mula menoleh arahnya. Dia tidak mahu lakonannya diketahui Evans. Hanya itu sahaja cara yang dia terfikir supaya lelaki itu mendekatinya. Sejak isu Marcus terjadi, Evans ingin mengelak. Langsung tidak mahu bertembung dengan Armel. Cemburu buta betul.

_______________

"Nah,"

Zarryn mendongak kepala melihat botol air yang dihulurkan Qairul. Lelaki itu menghadiahi senyuman manis. Zarryn turut membalas senyuman itu.

"Thank you," ucap Zarryn menerima botol air mineral itu. Tanpa diminta, Qairul melabuh punggung duduk sebelah Zarryn. Mereka berdua duduk di tempat menonton di padang itu.

"Zarryn," Qairul menyeru nama gadis itu dengan perlahan. Zarryn menoleh apabila namanya dipanggil. Sebenarnya dia masih segan berada dekat dengan Qairul. Jantungnya bagaikan dipukul dengan degupan jantung sendiri. Perasaan malu menyelinap masuk dalam diri.

Sepasang mata Zarryn direnung Qairul seketika sebelum mulutnya mengungkapkan sesuatu.

"Are we already official?" mata Zarryn membulat tidak menyangka soalan yang ditanya Qairul. Automatik mukanya berubah kemerahan. Semakin berdebar dada dibuatnya. Lama juga dia terdiam tidak mampu menjawab. Dikerling wajah Qairul.

"Awak diam, saya kira awak setuju." kata Qairul masih tersenyum. Semakin malu Zarryn mengalih pandangan. Dia tidak berani menatap wajah lelaki itu sekarang.

"Zarryn, are we?" tanya Qairul suaranya lembut mampu menambat hati Zarryn. Sudahlah tadi dia malu.

Nafas ditarik dalam-dalam. Zarryn memandang Qairul kembali sebelum dia mengangguk kepala perlahan. Bersetuju dengan Qairul. Semakin meleret senyuman lelaki itu tanda gembira.

Pada masa yang sama seorang lelaki yang memerhati gelagat sepasang sejoli itu. Adam yang dari tadi masam mencuka memandang arah pasangan itu. Dimamah roti dalam mulut dengan rasa tidak puas hati. Dah kenapa Zarryn dengan Qairul rapat semacam. Siap tersenyum-senyum lagi.

________________

Armel membuka kelopak mata. Dia kini berada dalam bilik rawatan. Dia melihat Evans yang tercegat di sebelahnya sambil memeluk tubuh.

"Penat berlakon?" hanya itu soalan dilontar Evans. Alamak! Macam mana Evans boleh tahu dia berlakon. Tak cukup latihan ni.

Armel tidak menjawab hanya mampu tersengih malu. Evans menggeleng kepala sambil mengurut dahi. Gadis itu tidak henti-henti membuatkan dia risau.

"Macam mana awak tahu saya berlakon?" tanya Armel berasa curiga. Rasanya dah okey lakonan tadi macam pelakon dalam movie tu.

"Macam mana saya tahu? Ni saya nak tanya, macam mana orang pengsan boleh senyum-senyum?"

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now