BAB 25 (MAAF)

289 41 14
                                    

2 2 / 0 5 / 2 0❤️
________________

Aktiviti berlangsung sehingga pukul 12, akhirnya pelajar dibenarkan berehat untuk membersihkan diri dan bersedia untuk solat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aktiviti berlangsung sehingga pukul 12, akhirnya pelajar dibenarkan berehat untuk membersihkan diri dan bersedia untuk solat. Sebut je isu solat, Zarryn mencebik muka. Bukan dia malas tapi dia tak nak jadi 'tongkat' untuk Ayshalyn. Nak tahu kenapa, tunggu nanti waktu zohor.

Tempat solat mereka dibuatkan dari kayu buluh, memang semula jadi. Kebetulan surau ini direka lebih tinggi disebabkan tanah yang sedikit cerun manakala separuh surau ini diatas sungai kecil. Bagi Zarryn dan Armel surau ini cantik dan kreatif tapi tidak bagi Ayshalyn yang gayat tinggi.

"Weh, boleh tak cepat sikit. Tahu la kau gayat, tapi dah 20 minit kita tercegat dekat sini," Zarryn mula hilang sabar akan Ayshalyn yang dari tadi berjalan macam siput siap mata terpejam, taknak tengok bawah. Celah-celah buluh mesti la nampak juga ketinggian tu.

"Aku takut weh, kau sabar jap," gerun Ayshalyn masih teragak-agak mahu berjalan.

Mana tak 20 minit dia berdiri dekat haluan masuk ke surau kalau si tomboy tu buka langkah tak sampai 2 inci pun! Zarryn dah muka pokerface, masak dengan perangai Ayshalyn.

Dia tengok je si Armel yang bertelekung ulang alik dari tempat duduk kembali ke mereka. Siap terlompat bahagia lagi atas surau ni. Hah bagus la tu berani, jangan batal air wuduk sudah.

_______

Petang itu, mereka tiada aktiviti. Cuma pelajar perempuan dan pelajar lelaki bergerak ke tempat yang berasingan.

Pelajar perempuan berada di tepi sungai, basuh baju, ambil air untuk dijerang dan masak makanan. Manakala pelajar lelaki pula berada di kawasan hutan yang dibenarkan sahaja untuk mengutip kayu api.

Ayshalyn sedang mencebok air dalam cerek untuk dia jerang. Manakala Armel takda kerja duduk bercangkung perhatikan ikan dalam sungai. Banyak pula ikan ni.

"Wah banyaknya ikan.." Armel terpesona akan ikan elok je berenang. Kemain berseronok siap terlompat bergaya lagi depan Armel. Apa kau ingat ikan tak boleh buat show?

"Armel, kau buat apa tu? Baik kau tangkap ikan macam aku ni," tegur Zarryn yang datang dengan kayu yang sengaja dia asah tajam hujungnya. Dia mahu campak dalam air sungai. Mana tahu rezeki dapat makanan ikan yang dia tangkap sendiri.

"Go Zarryn you can do it!" sorak Armel memberi semangat pada ibunya mencari rezeki.

Zarryn melipat seluar separas betis lalu dia masuk ke dalam sungai. Cuba cucuk ikan dengan kayu yang diasah itu. Banyak kali jugak dia cuba, namun ikan ini lebih lincah mengelak. Malah habis semua lari dek gerun.

Zarryn naik ke darat semula sambil duduk bercangkung merenung nasib.

"Wahai bondaku...bondaku si ikan kaloi," sudah, kak limah dah mula bernyanyi akan nasib.

𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏Where stories live. Discover now